Saturday, January 29, 2011

Gong Xi Fa Chai

Aku dapat cuti seminggu sempena raya cina. So lebih kurang 2 jam lagi aku akan pulang ke JB. Tak sabar nak tatap wajah mak, ayah, dan adik beradik. Walau aku tak pernah tunjuk yang aku ni mengingati mereka, tapi jauh di sudut hati aku mereka lah yang lebih utama. Cuti seminggu ni sekejap sangat, busy dengan thesis lagi, tak dapat nak rasa cuti sepenuhnya. Urm, mudah²an ada la awek yang nak jadi model aku balik cuti nanti. Boleh experiment dengan cahaya lagi. Dah lama tak asah shutter. Takut tumpul pulak nanti. Hahaha.. Sempena raya cina ni, kepada kawan² aku yang berbangsa cina, dan tak lupa kepada masyarakat cina di Malaysia, aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA. Limau jangan lupa bagi ok? Kan best kalau kita hidup di Malaysia ni tanpa ada rasa benci terhadap kaum lain. Kita hidup dengan pelbagai bangsa. Tapi kita selalu berdiri di atas nama bangsa sendiri. Cukup sukar untuk berdiri bersama². Aku tak nafikan perasaan membela melayu itu wujud dalam diri aku. Tapi aku malu dengan bangsa aku sendiri. Bangsa melayu selalu ketinggalan. Bangsa melayu sering dikaitkan dengan masalah sosial, jenayah, kemalasan, dan macam². Aku harap, aku bukan melayu itu. Dan aku taknak menjadi melayu sebegitu. Walaupun ini tahun baru cina, tapi apa salahnya kalau kita tetapkan azam kan? All the best to me and all of my friend. Sekarang mood tengah rajin. So aku pun rajin la nak tunjuk hasil kerja aku tangkap gambar muka aku sendiri, hanya dengan 1 speedlight, diffuse pakai singlet putih sebab softbox tak bawak. So ni hasil self-portrait aku.


Rokok tu tak dibakar pun sebenarnya. Aku edit bagi ada api sikit, lepas tu letak asap sikit. Menjadi ke?



p/s - Smoking lagi. Bila nak berhenti ni. Sorry Haw, it just an artwork.

3 comments:

sekamar rindu said...

salam..


dapat cuti 2 hari.....

Unknown said...

dapat cuti seminggu jer...hehehe


Jemput lawat & follow my blog yer.
http://yanglurus.blogspot.com/

Unknown said...

Jemput lawat & follow my blog yer.
http://yanglurus.blogspot.com/