Monday, January 31, 2011

Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Balik JB hari tu aku naik bas dari terminal ni. Memang terkejut la, dah macam airport la beb. Memang rasa *jakun juga la. Lepas member aku parking motor, kitorang mencari² mana nak naik ke kaunter tiket ni. Rupanya kena seberang jalan, naik escalator.. Dekat atas baru lalu jambatan menyeberang balik jalan yang aku lalu tadi. Sebab dari bawah bangunan tu, tiada laluan direct ke kaunter tiket.


Masa dekat jambatan nak ke bangunan tu, rasa teruja juga la. Ye lah, pertama kali kan. Sampai² dekat pintu auto open-close door tu, ada la seorang perempuan tegur aku. Lawa siot! 'Selamat datang cik'. Aku pun senyum je la. Best pulak dapat layanan macam tu. Then aku tanya dia mana kaunter tiket, dia pun tunjukkan kat aku. Aku pun terus la nak cari tiket. Sampai dekat kaunter tu, perempuan juga yang layan. Ada screen tv macam dekat wayang tu. Dia tanya aku nak pergi mana. Aku cakap JB, terus dekat screen tu ada keluar nama bas dengan waktu bas tu bergerak. Aku pilih la mana aku nak. Aku ambil bas pukul 5.30pm. Aku pilih bas Qistina. Dalam hati pun pelik la, tak pernah dengar pun nama bas Qistina. Tapi tak apa lah, sebab waktu tu baru pukul 4.15pm. Aku nak makan dulu. Lepas tu dia minta IC. Scan IC aku dulu guna mesin macam dekat bank tu. Then baru dia bagi tiket. Ada nama aku beb kat tiket. Tiket bas je pun ada nama kita kat situ. Best kan? Ade bar kod sekali. Aku tanya dia mana port nak makan, dia cakap tingkat 4. Aku naik la. Kaunter tiket ni kat tingkat 3.



Ada foodcourt kat atas tu, restoran nasi kandar pun ada, Kenny Rogers pun ada. Aku makan dekat foodcourt. Harga mahal sikit la. Aku makan nasi beryani. Tak sedap langsung. Macam tak letak garam. Nasib baik sirap bandung dia sedap. Lapar punya pasal, aku bedal je. Aku nak smoking, aku tanya pakcik kedai tu mana nak smoke? Dia suruh hisap dekat bilik merokok. 1 floor ade 1 bilik. Chare siot bilik dia. Memang best.

Lepas tu aku jalan² ambil gambar sikit sebelum turun bawah pergi dekat gate. Dia dah tak panggil platform dah. Dia panggil gate. Dekat tingkat dua. Sebelum turun ke bawah tu, ada polis bantuan jaga. Tak boleh bawa orang lain turun, hanya penumpang bas je boleh. So member aku pun chow, aku turun. Turun escalator tu ada orang tunggu. Dia minta tiket aku, then dia tunjukkan gate tempat aku menunggu. Aku dah tau dah gate mana sebab ada board macam dekat airport tu. Kita boleh tau kita punya gate dekat mana. Siap ada board ketibaan lagi beb. Bukan board berlepas je. Canggih kan?





Sampai je dekat gate tu, aku tengok bas belum sampai. So aku duduk dulu dekat kerusi besi berkilat tu. Lepas tu datang awek ni panggil aku. "cik Zulkifli kan? Saya nak minta tiket untuk scan" Huiiyooo.. Dia tau nama aku beb.. Haha.. Memang la dia tau, kan dekat atas tadi dah scan IC kan. So pekerja dekat bawah tau la aku siapa. Satu sistem kan. Bas sampai je, diorang jemput aku naik dengan orang² lain, buka kan bonnet bas, masukkan beg. Rupanya Qistina ni bas Star Mart. Ekslusif juga bas ni. Memang seronok la, rasa teratur je. Tak rasa kelam kabut. Tenang, tak rasa takut tertinggal bas. Gambar dekat gate tu aku ambil, tapi terdelete. Tak dapat nak tunjuk suasana dekat situ. Polis ramai beb. Kutu tiket memang tak boleh nak buat kerja. Lagipun dia guna IC kan. Aku rasa dah tak payah panggil terminal bas la. Panggil landport je. Sebab macam airport kan.. Hehe.. =)



*jakun adalah perasaan teruja dengan sesuatu yang baru yang belum pernah kita nampak atau kita ketahui.

p/s - Rating 9/10 sebab banyak kedai belum buka, dan tak banyak bas.

19 comments:

Dim Benihana said...

cantikkan...kalo dia fully beroperasi mest best...

teringin tuk kesana.

GaDis eQa said...

wah gile lahhh.dah maju habes dah ni.ni yg semangat nk balik jb tiap minggu.,haha

Afiq Din said...

wau... cm ekslusif je...
harga tiket xmahal ke?

ZulkifliMN said...

Afiq din - harga tiket sama je..
Eqa - jb mane babe?
Dim - InsyaAllah lepas raya cina ni fully operasi..

Pejuang Kesenian Extreme said...

Ini penganti pudu raya tu ke??

ZulkifliMN said...

Pejuang - Aah, yang ni la kot. Mula² aku ingat terminal ni untuk balik selatan je, tapi hari tu member aku beli tiket balik kedah ada je..

❤NazirahMoktar❤ said...

macam airport tu..kagum3. :))

decrewz said...

Pergh.. Cantik siot tempat dia.. Jai belum pernah pergi lagi.. Boleh jadikan tempat melancong nih..he3

Pejuang Kesenian Extreme said...

Oh..lawa gila siot..same la apa yang dkhabarkan sebelum ni yang keadaan dia macam airport...

ZulkifliMN said...

Nazirah, Decrewz, Pejuang - Aku berbangga jadi warga selatan.. Wahahaha..

eastbullet said...

aku still tak faham kenapa pengusaha bas tak mau pindah ke TBS. susah betol nak berubah, kene bayar service caj sikit pun nak komplem macam2.. serius tempat ni nampak maju dan organize.. harap bukan hangat2 tahu ayam, mula service ok. lama2, faham2 sendirilah...

papabear said...

macam airport eh... taku nanti tak ter-maintain la plak.. pastu hancus...

ZulkifliMN said...

eastbullet - mungkin sebab pengusahah bas tak dapat nak cari penumpang sendiri.. mereka tertakluk kepada sistem TBS. Penumpang perlu melalui TBS dahulu. Jadi mereka hanya perlu menunggu penumpang, kalau ada, ada lah. Kalau tiada, tiada lah. So ia agak merugikan pada mereka.

papa - takut juga kalau berlaku begitu..

mis twit said...

good job lah sape wat ni.. teringin nak g.. salam perkenalan.. folo u

SyedGraphiX said...

wahaha..siyes.. macam aiport. pehh

ZulkifliMN said...

twit, syed - ape lg, meh dtg jb..

(One) SiTi* said...

wah..! baru ni, memang menarik!

Bandar Putra Permai Resident said...

Harap projek terminal bas bersepadu di Bandar Putra Permai di revive balik connected to Bandar Tasik Selatan dari Bandar Putra Permai

Citarasa Rinduan said...

SELAMAT MALAM..
baru kak tau suasana teminal tu..mmg caggih..thanks berkongsi info eik