Wednesday, January 19, 2011

10 perkara best tentang HTC Wildfire


Kalau korang kaki smartphone, korang mesti tau HTC Wildfire kan. Tapi korang mesti tak pandang punya lah. Sekarang kan dah keluar HTC Desire HD. Yang kaki Apple, confirm² la minat kat I-Phone je kan. Tapi aku peduli apa, aku nak cerita pasal Wildfire ni gak. Pasal apa? Pasal murah la beb. Nak tunggu duit kumpul aku ni angkut Desire HD, memang bercinta la. So bak kata orang, target perlulah diletakkan pada apa yang kita rasa kita boleh capai. And gua rasa Wildfire ni memang boleh punya. Sikit hari lagi jadi milik aku la ni haha. Lu rilek je. Jom kita kongsi sikit apa yang best pasal Wildfire ni. Aku taknak cerita fully spec dia, just nak bagitahu apsal aku minat dengan wildfire ni.

1 - Menggunakan Operating System Android 2.1 dan boleh update kepada 2.2. Ni yang aku paling suka ni. ANDROID weh. Boooo sket sama I-Phone.. Haha.. Android ni salah satu OS yang tengah bersaing dengan Apple. Sebab apa die best? Sebab die leh customize sendiri. Apple boleh ke? Haha.. Apps dengan Games die cecah 200000 beb (last update 27 Disember 2010). Banyak tu. Tapi still kalah dengan Apple la. App Store ada 300000.

2 - Kamera 5 megapixel. Autofocus dia best. Bokeh dia cantik gak.

3 - Design dia cantik. Tak kecik tak besar. Ngam² sedap dipegang.

4 - HTC Sense

5 - Screen smooth macam I-Phone. Tapi pada aku agak over sensitive la. Janji smooth sudah.

6 - Nama 'wildfire' tu membuatkan aku teruja. Perghh...

7 - Update OS, overclock, tak affect warranty pon. I-phone baru jailbreak dah break warranty.

8 - Smartphone Android yang murah tapi versetail. Samsung Galaxy 5 pun murah lagi, tapi kecik, tak cantik, dan tak 'HTC'.. Hehe...

9 - Widget dia best. And macam² widget 'chare' yang free² pon ada.

10 - Ada 3 colour. Hitam, merah, and putih. Cantik siot yang merah. Aku aim yang tu.


Dah ramai dah orang pakai wildfire ni, cuma aku je agak ketinggalan. Biasa la, duit ni tak nak datang. Pakai je la K530i ni dulu. Agak² kan kalau la jatuh duit dari langit berdebuk depan mata aku RM2k, nak angkat wildfire atau Desire HD? Wow!





p/s - Sebenarnya aku minat Android je yang lebih. Tak kisah la smartphone apa pun janji Android. Eh, wildfire leh update gingerbread ke ek?

0 comments: