Thursday, March 4, 2010

Roti Di Awangan

Cuti Tahun Baru Cina aku penuh dengan jalan-jalan, mandi-mandi, dan makan-makan. Memang seronok sebab masa cuti ni la kawan-kawan aku boleh plan macam-macam program travel. Ape yang aku nak cerita kat sini, aku da makan roti terbang kat batu 6 Melaka. Gila terpegun aku tengok skill brader tu tebar roti canai. Sebab warung dia dah pernah keluar TV3, tu yang kitorang nak sangat pergi makan roti terbang tu. Akhirnya sampai juga hajat aku nak makan roti terbang. Roti dia memang lembut tak ingat punya. Tapi yang aku pelik, walaupun dah masuk TV3, apsal tak cantik kan sikit warung tu bang? Sekurang-kurang nya letak la banner roti terbang kat situ. Ni langsung tak ada. Low profile gile brader roti terbang tu punye warung. Tapi tu biarlah, mungkin rezeki belum ada lagi kan. Meh aku promote roti terbang real recording dari handphone murah aku, SE K530i. Video xsmooth. Kalau nak tngok smooth, datang sendiri la. Live punye.


alamak, video senget la. Somebody teach me how to rotate dis vid..

Gambar sekitar di Melaka.





Perigi Tuah? haha.. kalau kau orang hebat, cube teka kat mana perigi tuah ni.. hahahaha..

Saturday, February 6, 2010

Kalaulah Singapura Masih Milik Malaysia..

Membaca sejarah membuatkan aku ngantuk, tetapi menghayati sejarah membuatkan aku seronok. Seronok bukan kerana ceritanya, tetapi seronok kerana akan muncul persoalan demi persoalan yang membuatkan aku terfikir sendiri, mengapa, apa, dan bagaimana ia terjadi. Aku terdetik untuk memikirkan kisah sejarah penyingkiran Singapura dari Malaysia. Persoalan ini ditimbulkan oleh pensyarah aku yang mengajar Dasar Luar Malaysia. Ya, ia satu persoalan yang hebat sekiranya kita dapat mengupas isu tersebut. Namun terma mengapa, apa, dan bagaimana belum cukup seronok dalam konteks persoalan ini. Yang membuatkan aku tertarik ialah wajarkah Singapura keluar dari Malaysia? Aku melihat hal ini sebagai tidak wajar walaupun sejarah membuktikan berlakunya rusuhan kaum hanya kerana kebiadaban Lee Kuan Yew dan parti PAP itu.

Tunku Abdul Rahman menyingkir Singapura dari Malaysia kerana khuatir dengan kebijaksanaan Lee Kuan Yew. Dan dilihat ketika itu Lee Kuan Yew dalam berani menanamkan hasrat ingin menjadi perdana menteri persekutuan Malaysia. Namun perlukah penyingkiran Singapura secara drastik itu dilakukan? Tindakan ini sememangnya tidak wajar. Tindakan Tunku ini dilihat sebagai tindakan yang mengikut emosi Tunku sendiri. Penyingkiran ini membawa satu kerugian yang besar kerana banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan untuk menghalang agenda-agenda Lee Kuan Yew. Begitu juga kekecohan yang ditimbulkan oleh Lee Kuan Yew dan PAP tentang ketidakpuasan hati mereka berikutan isu keistimewaan bumiputera. Bukankah pelbagai cara lagi boleh difikirkan untuk membidas atau melenyapkan kekecohan Lee Kuan Yew ini?

Antara sebab penyingkiran Singapura oleh Tunku Abdul Rahman tidak wajar adalah Persekutuan Malaysia telah hilang sebuah pusat perdagangan. Apabila Sir Stamford Raffles menubuhkan sebuah pelabuhan British di situ, Singapura telah menjadi satu perlabuhan terpenting di dunia hingga ke hari ini. Ini kerana kedudukan pelabuhan Singapura amat strategik memandangkan ia terletak di tengah-tengah laluan perdagangan antara India dan China. Pada kurun ke-14, Singapura berkembang menjadi perlabuhan terpenting di bahagian Selat Melaka, dan bersaing sengit dengan perlabuhan lain seperti Jambi, Kota Cina, Lambri, Semudra, Palembang, Kedah dan Tamiang. Pelabuhan Singapura di sini mempunyai dua fungsi iaitu yang pertamanya membekalkan produk-produk yang mendapat permintaan di pasaran antarabangsa. Antara barangan yang di dagangkan termasuklah topi kask enggang yang berkualiti tinggi, hasil kayu dan kapas. Yang keduanya merupakan pintu masuk ke dalam system ekonomi serantau dan antarabangsa. Johor dan Kepulauan Riau membekalkan barangan ke Singapura untuk di eksport ke tempat lain, sementara Singapura menjadi sumber utama barangan dari negara asing ke rantau ini.

Kedudukan Singapura yang strategik bergantung kepada tiga jaringan perdagangan utama yang wujud di Asia Tenggara ketika itu;
• Jaringan China yang menghubungkan Asia Tenggara dengan pelabuhan di selatan China sepeti Fujian dan Guangdong,
• Jaringan Asia Tenggara yang menghubungkan pulau-pulau di Kepulauan Melayu,
• Jaringan Eropah dan Lautan Hindi yang menghubungkan Singapura dengan Eropah dan pelabuhan di Lautan Hindi.

Jaringan-jaringan ini saling melengkapi, dan meletakkan Singapura sebagai pusat kepada perdagangan serantau dan antarabangsa. Kita lihat, kini pelabuhan Singapura merupakan rangkaian kemudahan dan terminal yang menjalankan fungsi pengendalian perdagangan maritime di pelabuhan Singapura dan juga mengendalikan perkapalan Singapura. Ianya adalah perlabuhan tersibuk di dunia berdasarkan tanah perkapalan yang mengendalikan satu perlima daripada jumlah kontena dunia dan separuh daripada keluaran minyak mentah dunia.

Sekiranya Singapura tidak disingkirkan, Malaysia akan menjadi satu negara yang sangat dikenali dunia seperti Singapura sekarang, dan juga Malaysia akan mendapat kemajuan ekonomi sama seperti apa yang dicapai Singapura sekarang. Namun tindakan Tunku itu satu tindakan yang tidak memikirkan aspek ini. Kita telah kehilangan satu kawasan pemangkin ekonomi yang baik atas tindakan Tunku itu sendiri.

Penyingkiran Singapura juga telah menyebabkan Persekutuan Malaysia kehilangan sebuah negeri melayu. Pada sekitar abad ke-14, pulau Singapura merupakan sebahagian daripada kerajaan Sriwijaya dan dikenali sebagai Temasik (Kota Laut). Dipercayai Singapura merupakan pusat pemerintahan kerajaan Melayu sebelum ia diduduki Stamford Raffles. Ketika Singapura dibersihkan, bukit yang terdapat di situ telah pun dikenali sebagai bukit larangan. Terdapat banyak pokok buah-buahan yang ditanam di situ dan juga terdapat pusat pentadbiran (istana) di situ. Ini juga dibuktikan melalui terjumpanya batu bersurat yang mempunyai ukiran tulisan yang tidak dikenali dan kabur. Ia menunjukkan Singapura telah pun menjadi satu pusat pentadbiran sejak silam lama sebelum ketibaan pihak Inggeris. Malangnya batu bersurat itu telahpun dimusnahkan oleh jurutera Inggeris.

Selain itu juga, pada 1818, Sir Stamford Raffles telah dilantik menjadi gabenor di salah sebuah pelabuhan Inggeris iaitu di Bengkulu, Sumatera. Ketika Stamford Raffles sampai, dia telah menjumpai sebuah perkampungan Melayu kecil di muara sungai Singapura yang diketuai oleh seorang Temenggung Johor. Masyarakat di situ mengamalkan cara hidup melayu dan pemerintahan corak melayu. Pulau itu dikelola oleh Kesultanan Johor tetapi keadaan politiknya tidak stabil. Perlantikan Sultan berlaku di situ dimana Tengku Abdul Rahman telah dilantik menjadi sultan dan bukannya Tengku Hussein yang sepatutnya dilantik menjadi sultan atas alasan mengikut adat yang mana seorang waris atau calon sultan perlu berada di sisi ayahnya semasa ayahnya mangkat. Pengamalan adat melayu ketika itu jelas membuktikan Singapura merupakan negeri melayu.

Singapura mempunyai 75% kaum cina walaupun Singapura adalah negeri melayu. Kedatangan cina dibawa oleh pihak inggeris untuk menjadi buruh di lombong-lombong. Namun majority kaum cina yang ada di situ menyebabkan tanah Singapura itu ibarat menjadi tanah kaum cina. Penyingkiran Singapura oleh Tunku adalah berasaskan alasan ancaman kepada kaum melayu di tanah melayu, tetapi bukankah membuang negeri melayu itu sebenarnya mengancam hak kaum melayu itu sendiri? Pelbagai cara lain boleh difikirkan sekiranya Tunku berbincang dahulu sebelum membuat keputusan. Tetapi dek kerana emosi, Tunku membuat satu keputusan yang merugikan walaupun Tunku tahu Singapura sangat bergantung kepada Persekutuan Malaysia ketika itu.

Thursday, February 4, 2010

Kerelevenan 'Human Right' dalam ISLAM

Islam Liberal semakin bahang



Barat melaung-laungkan 'Human Right' atau Hak Asasi Manusia terutama Amerika yang menegaskan isu itu dalam dasar luarnya. Namun adakah Amerika mengotakan dasar nya? Adakah tindakan yang dilakukan mereka dalam hubungan antarabangsa itu menepati garis idea polisi luar mereka? Betul, mereka sememangnya human right, namun hanya dalam aspek dalaman sahaja, iaitu pembelaan dan kebebasan rakyat Amerika itu sendiri.

Amerika adalah negara yang bebas. Masyarakat Islam di sana hanyalah minoriti. Lesbian, gay, perkahwinan perbezaan agama adalah antara kebebasan yang diterima rakyat. Namun itu Amerika. Bukan Malaysia. Bagaimana dengan Malaysia? Perlukah kita sebagai masyarakat Islam membenarkan perkahwinan berbeza agama,lesbian mahupun gay? Bukankah ia menuruti hak asasi manusia, dan hak asasi manusia itu betul? Apakah perlanggaran yang berlaku di sini?



Inilah Islam Liberal. Islam yang membenarkan lesbian dan gay. Islam yang mengagungkan Pluralism. Islam yang berfikiran moden, yang memperjuangkan hak asasi manusia, yang muncul dari golongan cerdik pandai, yang menampilkan idea mereka yang luar dari batasan. Namun mereka tetap berpendirian Islam, dan idea mereka itu merupakan fatwa bagi mereka. Golongan apakah ini? Membenarkan gay dan lesbian dalam Islam? Adakah mereka ini Syiah? Ataupun seorang Muslim mahupun Muslimah yang disimbah ideologi Yahudi ke pemikiran nya? Ataupun sememangnya mereka adalah patung Yahudi itu?

Prof. Dr. Siti Musdah Mulia sebagai Women of the Year 2009 pada Il Premio Internazionale La Donna Dell `Anno (International Prize for the Woman of the Year) 2009 di Saint-Vincent, Italia.


Itu yang menjadi persoalan kita. Dari mana idea ini datang. Bagaimana di Indonesia boleh muncul seorang muslimah bernama Dr. Musdah yang telah menerima anugerah dari barat kerana menghalalkan lesbian dengan gay di T1 Premio Internazionale La Donna Dell' Anno Year 2009 di Saint Vincent, Itali. Dr. musdah merupakan seorang pendukung liberal feminism yang mana merupakan pensyarah Pemikiran Politik Islam Sharif Hidayatullah, Jakarta, juga merupakan Profesor Penyelidik di Institut Kajian Sains Indonesia sejak 2003. Kronologi pemikiran Dr. Musdah ini bermula dengan resolusi hukum Islam baru (CLD-KHI) dimana Dr. Musdah merupakan ketua perbincangan Tim Penulis Pembaharuan Hukum Islam iaitu ;

i)Poligami tidak sah dan mesti dinyatakan batal secara undang-undang,
ii)Perkahwinan yang berbeza agama, termasuk antara Muslimah dan bukan Islam mesti dikira sah,
iii)Masa 'iddah bukan hanya untuk perempuan sahaja, tapi juga untuk laki-laki. Masa iddah laki-laki adalah 130 hari,
iv)Bahagian warisan anak lelaki dan anak perempuan adalah sama,
v)Isteri boleh juga menjatuhkan talak.

Draf ini telah diselar oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI), namun Dr. Musdah tetap berpegang pada idea liberal nya itu sehingga beliau berani untuk membenarkan dan menghalalkan homoseksual serta aktiviti lesbian dan gay dengan resolusi baru "Homoseksual adalah perkara semulajadi dan ia diciptakan oleh Tuhan, oleh itu ia dibolehkan dalam agama." Pengharaman homoseksualiti dakwanya dilakukan oleh ulama-ulama yang berfikiran sempit. Sedangkan tegas beliau, tiada perbezaan antara lesbian dan bukan lesbian kerana orang yang dipandang mulia oleh Allah adalah yang bertakwa. Dakwaan Dr. Musdah ini banyak disokong oleh pihak-pihak lain yang telah terpengaruh oleh idea Islam liberalnya itu.

Musdah Mulia bersama Condoleeza Rice, (ketika itu) Setiausaha Negara Amerika Syarikat


Musdah Mulia bersama Paula Dobriansky, Timbalan Setiausaha Negara, Amerika Syarikat. Ketika itu dia mendapat anugerah 'Internationa Women of Courage Award' dari Jabatan Negara, USA.

Itu di Indonesia. Bagaimana dengan Malaysia? Takkan Malaysia tidak terkena dengan percikan ideologi Islam liberal itu? Sadarkah kita bahawa Suruhanjaya Antara Agama (IFC) mula mengucar-kacirkan undang-undang Islam malaysia. Mungkin ia tidak sampai kepada menghalalkan lesian, gay, mahupun homoseksual, tetapi tuntutan-tuntutan mereka mula menggusarkan kita kerana hari demi hari semakin ramai saudara kita yang murtad. Kalau dahulu isu Natrah menjadi genting sehingga membawa kepada rusuhan besar-besaran di Singapura, adakah kita lihat tragedi seperti itu berlaku sekarang sedangkan semakin ramai yang 'meliberalkan' diri mereka dari Islam? Itukah yang kita katakan hak asasi manusia? Relevankah ia dalam Islam?

sumber : Zulkarnain Zakaria, Al Islam Februari 2010 'Umum', Utusan Karya.
www.anwaraidc.com/.../dr-musdah-dapat-anugerah-barat-kerana-halalkan-lesbian-dan-gay.html
http://www.parliamentofreligions.org/index.cfm?n=27&sn=60
http://www.acehforum.or.id/kampanye-lesbi-dr-t14446.html?s=568aa9fa77de4349e095458d55cd9baf&





p/s : teringat kata-kata seorang rakan yang dahulunya Islam kini Atheis - "setiap perkara atau benda, ada yang menjadikannya. Allah siapa yang menjadikannya?" Astaughfirullah. Mohon ya Allah, kau berikanlah hidayah pada hambamu ini.

Wednesday, February 3, 2010

Better Late Then Never



Aku berminat nak tunjukkan pada kalian tentang dokumentari '10 Tahun Sebelum Merdeka' oleh Fahmi Reza. Mungkin ada yang pernah lihat, dan mungkin ada yang pernah pandang. Sebab video ini dikeluarkan 3tahun yang lepas : 2007. Aku dah lihat video ni waktu itu, tetapi tiada penghayatan yang muncul. Mungkin minda terlalu muda, atau mungkin jiwa terlalu kasar. Tadi aku melihat nya untuk kali kedua, dan terdetik satu pemikiran tentang apa itu PERJUANGAN. Tahniah untuk Fahmi Reza yang telah memenangi 'Most Outstanding Human Rights Film' di Freedom Filmfest 2007. Mari tonton pada yang belum. Better late then never.


Sunday, January 31, 2010

Facebook : Bagus, kurang bagus, atau langsung tidak bagus?




"Lu madah mengadap FB (gelaran untuk FACEBOOK bagi 'mereka') je, sembahyang tak wat?"

Haha, aku terkena. Facebook melalaikan aku. Facebook, tak kan kau orang tak tahu kot? Facebook la. Macam MYSPACE, FRIENDSTER, TAGGED, etc. Memang satu penipuan sekiranya kamu tidak mengetahui apa itu facebook. Melainkan kamu tidak bergiat dalam dunia cyber. Tak pun, tak tahu apa itu INTERNET.

FB ni untuk apa? Untuk apa lagi, untuk cari kawan, untuk komen-komen, untuk MERAPATKAN SILATURRAHIM sesama manusia, untuk main FARMVILLE, main TEXAS HOLDEM POKER, untuk main FISHVILLE, macam-macam game lagi lah! Bagus ke FB ni? Bagus lah. Kita dapat jumpa kenalan-kenalan lama, tanya khabar, ramaikan kawan, sambil tu boleh main game, jawab quiz, dan macam-macam lagi lah. Kan tu boleh release tension sikit. Betul ke release tension? Betul lah, bila main facebook kan happy sikit. Lihat kawan-kawan punya komen, lihat gambar-gambar kawan, jawab quiz, seronok semua tu. Hilang sikit tension.

Betul ke kau orang main FB sebab nak hilangkan tension, ke atau da menjadi satu rutin bagi kau orang dalam kehidupan globalisasi dan serba moden ni? RUTIN?

Perkataan rutin ni menarik minat aku. Betul, FB dah seperti rutin bagi aku. Setiap kali aku online, page pertama yang aku akan buka adalah FB. Then, aku akan check segala apa yang aku perlu check. Termasuk sekali dengan tanaman-tanaman aku, dah membesar ke belum. Hahaha. Rutin bai, lu x caye pe? Gua da ketagih dengan facebook ni, sebab tu gua tinggal sembahyang, gua tak baca buku, gua tak siapkan assignment dulu, GUA TAK BUAT SEMUA TU BAI! Habis, bagus ke FB ni? Itu kita panggil bagus ke?

Aku tak mahu komen tentang FB ni Yahudi lah, FB ni pengkalan data untuk US la, itu semua aku taknak masuk campur. Yang aku nak tekan kan kat sini, FACEBOOK MELALAIKAN KITA. Mungkin bukan bagi kau orang, tapi mungkin juga ia berlaku pada kau orang. Sebab kau orang juga main facebook. Tapi bagus lah kalau kau orang main FB ni sekadar biasa-biasa, tidak hingga menjadi RUTIN. Tapi aku? Mereka yang sama macam aku? Macammana?

Macammana apa lagi, kuranglah korang punya layanan pada FB ni. Jangan dok mengadap je. Aku xcakap korang, aku cakap pada diri aku. (hahaha)



p/s : Sebelum kau ada FB pun mcmlah kau sembahyang, macamlah kau buat assignment awal-awal, macamlah kau baca buku!! Pastu nak salahkan facebook pulak!

Saturday, January 30, 2010

Permulaan yang BARU!

Dah lama tapi masih baru.

Lama xtulis blog yg lama tp nampak 'baru' ni.. Betul, sy memang pemalas untuk menulis. Tapi atas dasar permulaan yang baru, perubahan mesti dilakukan. Untuk menjadi seorang pemikir, kita perlu banyak ilmu, banyak idea, banyak interpretasi (apa tu?), banyak arguement, dan banyak menulis. Banyak menulis? Menulis mengembangkan fikiran. Menulis idea itu ibarat mencurah ilmu ke orang lain. Apabila menulis, kita berfikir, apabila menulis, kita terfikir, dan apabila menulis, kita PEMIKIR. Senang ke nak jadi pemikir? Pemikir untuk apa? Pemikir itu siapa? Semua orang berfikir kerana semua orang mempunyai akal, maka semua orang pemikir lah? Memang semua orang berfikir, tetapi tak semua yang betul-betul fikir. Kritisan pemikiran itu membawa seseorang kepada dunia pemikir. Kenapa Albert Einstein dipanggil pemikir? Kenapa Makcik Zizah jiran umah aku tiada orang nak panggil dia pemikir? Kenapa pemikiran Mahathir menjadi contoh sehingga ideanya digelar MAHATHIRNISM? Kenapa tiada pula org gelar Samy Vellunism? Ya, itulah perbezaan seorang pemikir yang diatas normal dengan kita yg normal ini. Betul, kita memang normal. Mereka si PEMIKIR itu diatas normal. Sebab pemikiran mereka menjangkau pemikiran yang tak terfikir dek orang lain.




Perubahan.

Kadang orang kata, "kau ingat kau belajar tinggi-tinggi kau boleh kerja bagus? Lim Goh Tong tu PMR pun tak lepas, tapi dia antara orang terkaya Malaysia." Memang selalu aku dengar ayat berbunyi sedemikian, dan kadang-kala ada pula yang memerli, "alah, budak U konon, belum tentu keluar dapat kerja." Aku tak sangkal pendapat mereka, sememangnya itu realiti terdapat orang business kaya-raya tapi level pendidikan setakat PMR, tak pun SPM tak lepas. So kalau macam tu kenapa wujud Universiti? Baik robohkan, dan semua orang terus cari kerja, buat business sebab nak ikut langkah Lim Goh Tong kan. So nama pun leh tukar la, jadi Muhammad Zulkifli Goh Tong Bin Md. Noor.

Memang la masa depan kita belum diketahui. Ramai mahasiswa mahasiswi menganggur, tak dapat kerja, tapi ada kita tahu kenapa mereka tak dapat kerja? Ada kita ambil tahu? Yang kita tahu, Malaysia dah ramai mahasiswa dan mahasiswi. Peluang pekerjaan semakin kurang. Jadi mulalah mereka berFIKIR yang "tak guna masuk U dah la ni, bazir duit bazir masa je, baik terus kerja, nanti lama-lama naik pangkat juga. Tak pun ambil kemahiran, kursus kemahiran, sebab kemahiran sekarang ramai orang nak." Betul, memanglah betul. Tapi jangan berfikiran sempit, mahupun skeptikal. Memang la lepas graduate, kalau dapat kerja pun, belum tentu boleh kaya. Biasa orang yang kaya ni orang yang buat business, so student Business je la boleh kaya. So lepas ni semua course universiti akan digugurkan dan kita bersama ramai-ramai masuk ke dunia business. Untuk apa? Untuk kaya. Hidup untuk kaya ke? Hidup untuk dapat banyak duit ke? Masuk U untuk apa? Hanya untuk dapatkan kerja bagus? Kalau tak dapat kerja bagus, membazir lah masuk U?

Masuk U itu untuk ILMU. Dan ilmu itu mendidik kita menjadi seorang yang berguna. Sama ada menggunakan ilmu itu ke jalan yang baik, ataupun ke jalan yang salah. Ilmu bukan hanya pada theory, tapi pada amali. Kalau keluar tak dapat kerja, orang itu salah atau ilmu itu salah? Keluar tak dapat kerja bukan sebab universiti (universiti yang diiktiraf la, sbb kalau tak iktiraf, minta kerja orang xnak) tapi sebab manusia itu sendiri. Masuk U untuk perubahan, bukan dari segi pemikiran sahaja, bukan dari segi idea sahaja, bukan dari segi teori sahaja, tapi dari segi amali, tingkah laku, percakapan, SERBA BOLEH. Mana perubahan itu? Ilmu penuh di dada, tapi tersimpan di dada sahaja buat apa? Nak buat pekong? Lepas tu orang cakap sini sana, tak guna masuk U. Memang tak guna lah, sebab mensia-siakan masa, mensia-siakan wang, mensia-siakan peluang untuk berilmu. Yang penting sekali mensia-siakan ILMU itu sendiri. Saya menolak orang masuk U hanya untuk dapatkan kerja bagus bukan atas dasar kepentingan ilmu, dan saya juga menolak orang masuk U hanya untuk ilmu dan bebal untuk mendapatkan kerja bagus.

Kita masuk U bukan nak dapatkan kerja bagus sahaja, supaya jadi kaya. Masuk U bukan tiket untuk hidup senang, tetapi masuk U untuk ILMU. Ilmu tu membentuk seseorang mengolah kehidupan akan datang nya supaya menjadi senang. Ilmu itu mengajar seseorang supaya dapat kerja bagus, bukan sebab sijilnya, tetapi kerana ILMUnya. Sebab tu Nabi kata, menuntut ilmu biarlah sampai ke negeri China. Dengan ilmu, barulah hidup kita selesa. Org yang berilmu adalah orang tidak bodoh, sebab itu orang yang berilmu tidak boleh diperbodohkan, sebab mereka tidak bodoh. Orang business yang kaya juga orang yg berilmu, sebab mereka menggunakan ilmu yang mereka ada untuk tujuan business supaya dapat keuntungan besar. Semua menggunakan ilmu, jadi kenapa perlu cakap "alah, budak U konon, belum tentu keluar dapat kerja." Cakap itu ini, sebab apa? Mereka kekurangan ilmu. Bila kekurangan ilmu, tu yang terkeluar kata-kata macam tu.



Permulaan yang baru.

Mulai dari saat ini, aku masuk u untuk aku dapat kan ilmu. Dan aku akan GUNAKAN ilmu itu sebaik mungkin bagi aku mendapatkan pekerjaan yang baik. Bukan menggunakan ilmu yang berbentuk sijil itu hanya atas dasar tiket mendapatkan kerja. (ayat ni bukan untuk aku la, untuk org lain yang da graduate, sbb aku x grade lg.. ;p). Ini permulaan baru bagi aku, menuntut ilmu dengan ikhlas sebab ilmu itu sendiri. Ikhlas. Ikhlas. Ikhlas.




p/s : Ala, kalau ilmu banyak pun, tapi peluang kerja tak ada, xkerja jugak ko zul.

p/s balik untuk kau : Gunakan ILMU itu dalam mencari PELUANG pekerjaan. Jangan lupa mengingatiNYA sekali tau!!

p/s : Ala yang kau mention org kaya je mesti org business, SITI NURHALIZA tu kaya gak, takat SPM gak, tp dier nyanyi je..

p/s balik untuk kau lagi : Itu bakat disertakan ilmu menyanyi. Kau pandai nyanyi ke?

p/s : Kau cakap pandai la. Kau belajar pun tak habis lg, kerja pun lom tentu lagi, banyak cekadak pulak.

p/s untuk sahabat ku : sebab tu aku letak, 'PERMULAAN YANG BARU.' Bukan bagi aku sahaja, tapi bagi KITA. Okey?