Thursday, January 27, 2011

Perkara Menyampah - 5 Ciri DSLR Trendy User

Kalau bercerita tentang DSLR, di Malaysia ni dah macam menjadi satu trend baru. Setiap orang yang berduit lebih sikit akan mula membeli DSLR sebagai satu gadjet baru untuk diri sendiri. Dan sekarang dah ramai yang memiliki DSLR. Boleh dikatakan kalau pergi mana² mesti akan ada orang yang membawa DSLR nya bersama. Ingat keyword ini - TREND. DSLR sekarang bukan lagi satu benda mahal yang menjadi kelengkapan utama seorang photographer, tetapi sudah pun menjadi trend masyarakat Malaysia. Masing² sudah mula mengimpikan DSLR sebagai satu benda yang 'mesti ada', bukannya kamera. Masing² sudah mula mengumpul duit untuk membeli DSLR, tak kiralah apa jenis sekalipun, janji ianya DSLR. Kalaupun ada kamera 'point n shoot' yang mahal, tetapi disebabkan ianya bukan DSLR, ia tidak menjadi impian segenap masyarakat trendy. Yes, DSLR itu TREND. Bukan keperluan, bukan kelengkapan, bukan juga kepentingan. Mereka² inilah sebenarnya yang membuatkan aku MENYAMPAH. Mereka hanya membeli DSLR sekadar untuk gaya, ambil gambar sekadar 'snapshot', beli DSLR sekadar ikut kawan, dan segala 'sekadar' yang ada. Mereka² inilah DSLR Trendy User. Di sini aku senaraikan ciri² DSLR Trendy User mengikut pemerhatian aku selama ini ;


1 - Menggantung DSLR di tengkuk sambil berjalan² di shopping complex

Ini memang dah biasa kita nampak. Stok paling menyampah dalam senarai ini. Kalau dulu gantung handphone, sekarang gantung DSLR. Mereka² ini sebenarnya ingin menunjukkan kepada orang ramai bahawa mereka ada DSLR. Mereka rasa mereka lebih bergaya dari orang lain sebab ditengkuk mereka ada gadjet trendy. Dan mereka bangga kalau orang lalu disebelah mereka sambil memerhatikan DSLR yang tergantung tu.



2 - Tidak membawa beg DSLR bersama

Yang ni kesinambungan daripada ciri pertama. Jalan² di shopping complex dengan DSLR, tetapi tidak kelihatan pun beg DSLR dibawa bersama. Kalau diikutkan, ketika anda membeli DSLR, anda akan diberi beg sebagai free gift. Tetapi mereka sengaja tidak membawa beg itu bersama hanya kerana nak menayang DSLR yang mereka ada.



3 - DSLR digunakan untuk snapshot

Keluar berjalan dengan rakan². Lepas tu, jalan sikit petik shutter, ambil gambar rakan² yang tergedik² depan DSLR. Jalan sikit petik shutter. Jalan sikit petik shutter. Jalan sikit petik shutter. Menyampah!



4 - DSLR digunakan untuk mengambil gambar sendiri

Ini memang tahap menyampah habis. Ambil gambar sendiri, dengan angle 45° di atas, buat mata besar, muncung keluarkan sedikit, lepas tu upload dalam Facebook. Muka buruk jadi comel.


5 - Ambil gambar landscape / permandangan dengan built-in flash terbuka

Ingat buka built-in flash tu ada effect ke ambil gambar macam ni? Tak apa lah. Kita bersangka baik. Mungkin dia guna mode P, tak pun mode auto yang lain. Tapi tetap menyampah!


Mungkin kamu akan berkata bahawa masing² punya harta, punya duit, masing² punya suka. Tetapi bagi aku, aku tak akan sesekali menayang² DSLR aku tanpa kerja shooting kerana aku percaya ada orang yang memerhatikan aku atas niat jahat. Aku sentiasa berwaspada kerana aku bukan orang senang. DSLR itu sangat berharga kepada aku. DSLR yang aku ada terlalu aku sayang. Aku takut sekiranya orang cuba meragut, merompak, atau menipu aku untuk DSLR itu. Lagipun, kalau untuk tujuan biasa² atau jalan², aku tak akan menggunakan DSLR untuk mengambil gambar. Cukup sekadar kamera handphone atau kamera kompak. Ingat, setiap DSLR mempunyai jangka hayat shuttercount. Aku rasa membazir jika menggunakan DSLR sekadar untuk snapshot. Aku hanya mengambil gambar menggunakan DSLR untuk tujuan nilai seni dan kerjaya, bukan suka². Dan setiap hari cinta aku pada DSLR semakin bertambah dan aku sentiasa ingin menimba ilmu tentang dunia fotografi. Sebab itu aku beli DSLR, bukan sebab TRENDY.



p/s - Aku hanya pakai entry level DSLR.

14 comments:

fjie_ahmad said...

ur right! kalu gntung kt tengkuk tu mcm bjet tourist lak. agk annoying la kt c2. dont like 2x =)

ZulkifliMN said...

Thanx. 1 vote for me.. hehe..

SyedGraphix Dot Com said...

x mampu nak bli dslr lagi. huaaa

kuraku said...

mungkin yg hang nampak tu bukan aku...hehe..sbb aku xde DSLR. Aku pon teringin nak pakai. tp xde geng yg btul2 PHOTOGRAPHER. hehe..

-Incek Fik- said...

Salam brader..
Serius guwa tertarik baca entry DSLR ni. Menarik dan simple untuk difahami. Ayat pon sempoi jer~ Santai le senang citer.

Pasai trend yang pertama tu, aku sokong sangat 200 peratus. Memang kalo tengok kat Malaysia, bersepah yang buat style sangkut kat batang tengkok. Tapi niat harap jangan nak riak tunjuk kat orang la harapnyer. Kan?

Lagi satu.. aku meluat gaks kaum awek yang suke tangkap gambar dengan niat nak mempamerkan aksi 18SG kembong pipi cam ikan buntal, bibir nak muncung panjang sampai boleh sangkut penyangkut baju dan mata nak tersembul cam kuntilanak gilak.

Ahhh.. dunia jer tu. Lagha!

Okla barder, kalo lu letak butang LIKE kat entry ni.. guwa dah tekan awal².

ZulkifliMN said...

syed - walau ko tak ada dslr, tapi aku respek dengan ilmu grafik yang kau ada.. u are better than this fakap trendy user..

kuraku aka nama sama dgn aku - kalau betul² minat, sambar la satu.. nanti kita outing..

fikri - haha, thanks beb.. menyampah stok² nak muntak ek? haha..

ab@h_Izz said...

thanks bro..ingatkan aku sama..,itulah kita pikir kita buat tu dh ok..tapi org lain akan pikir lain..so, lebih baik kita ikut pandangan org sekeliling kita lagi selamat...

p/s dari dulu mmg minat dslr..sekarang hanya mampu, mungkin belum terlambat kut...nnt leh tunjuk ajar

ZulkifliMN said...

Abah, i know u not one of them.. Ia tak salah dan ia terpulang pada individu.. Basically, mereka adalah remaja dan sekadar mengikut trend...

Unknown said...

dulu masa guna D90 time tu dslr baru nak naik.. perkara paling malas bila nak bawa ke mana2 camera tu... bawa bila ada function or time shooting jer.. takder pula nak bawa jalan2 hari2... ada betol pendapat bro tu.. skrg kuar kdg2 menyampah gak tengok.. skrg harga pun dah kurang... dulu beli amik ko 4k...hhaa

ZulkifliMN said...

aim - 4k bukan senang nak cari kan.. terlalu mahal bagi aku.. sekarang masih pakai d90 ke bro?

Rizal said...

nice post bro...

mmg pun macam menyampah tengok org mcm ni...belagak lebih, ce tanya ISO pakai brape, mesti tak boleh jawab punye...hahaha..

ZulkifliMN said...

rizal - aku tak kesah tahap knowledge mereka.. aku kesah perangai.. haha..

Isda Afiq Wafiuddin said...

Sokong. Aku rasa kau patut masuk sini -> http://blogserius.blogspot.com/2011/02/serius-fakta-fakta-yang-amat-sesuai.html

Baca komen² mereka. Aku mcm agak annoyed bila photography punya value yg dulunya exclusive sekarang dah jadi benda umum seperti sampah. Aku tak power pun. Cuma come on. Be humble la bila ada DSLR. Aku cukup xsuka dengan ayat "whatever" tu duit dorg bla². Bongkak, sombong. Mmg duit dorg tapi dorg ni menjatuhkan nilai photography itself. What a junk. Haih...

Unknown said...

Salam..teringin juga dgn DSLR ni... tapi saya more to video...dulu ada hati nak tangkap handycam HD tapi bajet x cukup...