Saturday, January 22, 2011

11 Basic Photography Test


Ok, entry kali ini aku nak kongsi idea aku tentang ilmu basic photography. Aku bukanlah professional dalam bidang ni, aku juga masih baru, tapi apa salahnya kalau apa yang aku tau kita kongsi bersama. Tapi kali ni style dia lain sikit. Kita try uji pengetahuan kita melalui test yang aku buat ni. Test ni aku buat untuk memantapkan lagi diri aku sendiri, dan dalam masa yang sama membantu rakan² tentang ilmu asas fotografi. Jom!

Ops, sebelum terlupa, test ni aku buat berdasarkan istilah² Canon. Mungkin ada beberapa istilah yang berbeza dengan camera lain.


1 - Dalam keadaan low-light, shutterspeed berapakah yang sesuai digunakan?
a) 1/125
b) 1/5000
c) 1/30

2 - Ketika mengambil gambar kanak² yang sedang berlari, mode focus apakah yang sesuai digunapakai?
a) Manual focus
b) Ai Servo
c) One Shot Focus

3 - Apakah fungsi ISO?
a) Menentukan jumlah cahaya yang masuk
b) Menentukan kesensitifan sensor terhadap cahaya
c) Menentukan jumlah noise pada gambar

4 - Apakah cara sesuai untuk mengambil gambar landscape?
a) Menggunakan aperture f/16
b) Memegang camera secara hand-held
c) Menggunakan mode focus Ai Servo

5 - Apa itu bokeh?
a) Kawasan gambar yang jelas
b) Kawasan gambar yang 'blur'
c) Kawasan gambar yang terlalu cerah

6 - Pilih pernyataan yang betul tentang mode Tv
a) Mode ini membolehkan kita mengawal sendiri nilai aperture dan shutterspeed
b) Mode ini menentukan ISO secara auto
c) Mode ini membolehkan kita mengawal hanya ISO dan Shutterspeed

7 - Pilih pernyataan yang salah.
a) Aperture yang luas dan focal-length yang panjang boleh menghasilkan shallow depth of field
b) Shutterspeed yang laju boleh menyebabkan gambar bergoyang
c) ISO yang tinggi akan menghasilkan noise yang banyak

8 - Apakah exposure yang baik mengikut graf histogram?
a) Tinggi sekata
b) Tinggi di sebelah kiri
c) Tinggi di sebelah kanan

9 - Ali ingin mengambil gambar Fatimah di bawah terik matahari. Tetapi gambar Fatimah menjadi gelap dan gambar awan menjadi terang. Apa yang perlu Ali lakukan agar exposure gambar normal?
a) Fill-in subjek dengan flash
b) Menggunakan ISO 1600
c) Menggunakan ND8 filter

10 - Dalam keadaan gelap, auto focus tidak dapat berfungsi dengan baik. Apakah sebabnya?
a) Kerana built-in flash dibuka
b) Kerana iso tidak diletakkan pada tahap yang paling tinggi
c) Kerana subjek tersebut tiada kontras warna

11 - Mengambil bacaan pada bahagian 3% ditengah-tengah viewfinder. Digunakan pada keadaan cerah yang extreme (high contrast scene) seperti back-lit atau ada cahaya yang terang sangat dgn latar belakang gelap. Sesuai juga untuk kerja-kerja close-up dan macro.
a) Evaluative Metering
b) Spot Metering
c) Center-weighted Metering



Nak jawapan? Click di bawah.



Jawapan
1 - c
2 - b
3 - b
4 - a
5 - b
6 - c
7 - b
8 - a
9 - a
10 - c
11 - b

Sama-sama kita belajar. Kalau ada yang salah, harap ditegur. Aku bukanlah Joe McNally, Lous Pang, mahupun Saiful Nang. Aku hanyalah manusia hina yang meminati ilmu fotografi.

10 comments:

Miecyber said...

Saya pakai kamera compact jerr...

Dana 1MDB : Q & A

A'IM said...

BETTER LETAK SHOUTBOX BRO... TQ COZ SINGGAH..DAH POLOW ANDA

INFOzi said...

yeah.. nice info. aku pun masih baru dalam pornografi.. ops! fotografi. haha.. neway thanks for sharing! :)

ZulkifliMN said...

Mie - Camera compact pon takpe. Tak silap saya, compact sekarang ni dah ada setting exposure gak rasanya..

Aim - Ok, nanti saya letak.. Thanks..

Infozi - Jawapan berapa betul? hehehe..

beaty said...

Semua ok kecuali tak pasti la ngan number 8 tu..bukan salah but saya pun x tau sangat

ZulkifliMN said...

Apa yang saya tahu, dan pengalaman sedikit saya ni, gambar yang underexposed akan ada gunung tinggi di sebelah kiri. dan overexposed akan ada tinggi di sebelah kanan. Even dalam sesuatu gambar tu ada kawasan tertentu yang gila over exposed punya, tetap ada gunung tinggi di belah kanan. Begitu sebaliknya. So rasanya histogram yang secara puratanya sekata menunjukkan well exposed. lain lah kalau kita mmg nak buat gmbr2 dengan exposure tertentu. Cth - high key photography.

sollehahn said...

aku pkai point n shoot jer...masih berangan-angan nk angkat dslr

ZulkifliMN said...

takpe bro.. P&S pon xkisah.. janji kamera kan.. =)

sakura putih said...

berminat betul...saya masih blur dan perlu pemahaman yg banya pasal kamera nie..harap dapat berlajar disini...

ZulkifliMN said...

sakura - ape yang saya boleh bantu, saya bantu k.. =)