Friday, February 18, 2011

Khidmat Fotografi untuk majlis perkahwinan, pertunangan dan majlis keramaian


Sila klik pada gambar untuk lebih jelas

Saturday, February 12, 2011

Buli


Aku tengah jalan² untuk mencari kedai menjual sesuatu untuk di makan. Aku teringat, di Bandar Tun Razak dekat² pusat komuniti tu ada kawasan gerai² jual makanan, so aku teringin nak beli pisang goreng. Aku pun menuju lah ke situ. Dalam perjalanan, aku nampak sekumpulan anak² kecil berjalan. Aku memang suka memerhatikan gelagat orang, mengenali perlakuan manusia di Malaysia, mengenal 'budaya' ciptaan mereka. Tapi kali ni memang aku tertarik dengan gelagat budak kecil ni. Umur mereka dalam lingkungan 8-12 tahun. 

Sedang mereka berjalan, tiba² satu adegan yang membuatkan aku terkedu seketika. Si 'leader' nya yang berbadan agak besar dari yang lain telah mencekik dan menarik baju seorang lagi mungkin rakan mungkin pengikut, tetapi memiliki badan yang paling kecil di antara yang lain. Kemudian, 'leader' itu terus menolak, sehingga budak kecil itu jatuh ke lantai kaki lima. Aku tau ini kes buli. Yang besar buli yang kecil. Aku terus memandang secara tajam ke arah mereka sehingga si 'leader' itu perasan dan mereka terus 'blah' dari situ. Budak kecil tadi kemudian bangun membersihkan badannya, kemudian melihat aku dengan muka agak sayu, dan terus berjalan. Aku pun menyambung semula perjalanan ku mencari pisang goreng.

Aku kemudian berpatah balik setelah pisang goreng dan keledek dibeli. Aku menuju ke LRT Bandar Tun Razak. Sedang dalam menaiki tangga, budak kecil yang di buli tadi berada di situ. Dia lihat aku, di senyum dan dia terus menyapa aku;



"Hai bang.. Urm bang, ada singgit tak?"



Wadafak!

Friday, February 4, 2011

Aku, Rakan, dan Sejarah Hitam

Cuti kali ini, aku rasa lain sikit.. Kita hidup dalam pelbagai fenomena perubahan. Kawan dari kecil hingga besar, kawan lama kawan baru, kawan rapat kawan biasa, semua tu sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan kita. Walau macam mana didikan yang kita terima dari ibu bapa kita, aku tak nafikan yang kawan juga memberi 'didikan' sama ada baik atau buruk. Bila di rumah kita hidup dengan family, tetapi bila di sekolah atau di luar kita hidup dengan kawan-kawan. Jadi, sememangnya kawan menjadi sebahagian besar dalam kehidupan kita.

Setiap orang mesti akan ada satu pengalaman hitam dalam diri yang melibatkan kawan. Maksud aku, kita melakukan satu kesalahan  yang disebabkan pengaruh dari seorang kawan. Tak kira lah kesalahan atau dosa kecil  mahupun besar. Kebiasaannya ia akan berlaku di zaman persekolahan. Sebab waktu tu kita berada di alam remaja. Remaja memang suka memberontak, mempunyai keinginan untuk mencuba sesuatu, tidak berfikir sehabis baik, kurang mengadili perkara baik atau buruk, hanya memikirkan keseronokan dan kebebasan.  Kita pun terjebak dengan kegiatan-kegiatan yang tidak baik. Tetapi apabila kita sudah dewasa, sudah bekerja, apa kita rasa dengan segala perbuatan dan kegiatan tidak baik yang pernah kita lakukan dulu? Adakah kita rasa menyesal, ataupun kita rasa kelakar? Tak pun kita rasa seperti satu kenangan manis yang membuatkan kita tersenyum dengan zaman remaja kita. Setiap orang mempunyai perasaan masing-masing Kehidupan remaja kita berbeza dengan orang lain. Mungkin kita yang paling pahit, dan mungkin kita yang paling manis.  Hanya kita yang melalui zaman itu, dan kita yang harus menempuhi kesan dari zaman itu di masa kini.

Siapa yang kita persalahkan? Rakan itu, sekolah itu, atau diri sendiri? Aku sentiasa menyalahkan diri sendiri. Aku tak pernah menyalahkan sesiapa. Aku yang selalu ingin mencuba apa yang rakan aku buat. Aku tertarik dengan sesuatu yang belum pernah aku cuba dan aku tidak pernah pikir tentang dosa atau pahala waktu itu. Aku berpegang dengan satu kata-kata dari senior aku yang mana waktu tu, kata-kata itu menjadi kekuatan kepada aku untuk melakukan apa sahaja. BERANI BUAT, BERANI TANGGUNG. Ya, kata-kata itu membuatkan aku berhati kering. Perasaan takut terus hilang. Aku berani buat apa-apa yang aku ingin buat walaupun ia salah di sisi agama dan undang-undang. Aku sentiasa NEKAD dalam apa yang aku ingin buat. Benar, aku telah melalui zaman yang paling hitam. Zaman yang aku rasa aku menyesal dengan apa yang aku lalui.

Tapi aku tak pernah nak menyalahkan sesiapa. Aku tak salahkan ibu-bapa aku, mahupun rakan-rakan aku. Tapi aku bersyukur bila aku sekarang tidak lagi terjebak dengan perangai remaja aku. Aku sudah melalui perubahan itu. Aku akan memasuki umur 23 tahun dalam 3 hari lagi. Aku perlukan satu pengorbanan untuk masa depan aku, ibu-bapa aku, adik-beradik aku, dan semestinya bakal isteri dan anak-anak aku. Dan lagi beberapa bulan aku akan menghabiskan ijazah aku. Aku berharap semuanya akan berjalan lancar. Aku juga berharap rakan-rakan aku akan menjalani kehidupan yang baik. Terutama rakan-rakan yang sama-sama dengan aku di  zaman hitam dahulu. Walaupun aku lihat masih ada yang tidak meninggalkan perangai lama, tetapi aku tidak mampu mengubahnya melainkan diri mereka sendiri. Aku sayang  rakan-rakan aku. Aku harap pikiran mereka terbuka untuk merubah diri sendiri. Aku minta maaf sekiranya aku kurang melepak bersama. Aku bukan meminggirkan mereka, cuma aku ingin mengejar kerjaya dahulu. Aku ingin mengukuhkan kerjaya yang sudah aku mulakan ini.  Aku harap mereka paham. Aku bukan sombong.

p/s - Hari ni aku nampak kawan aku sembahyang jumaat. Aku bersyukur. Aku pun perasan ada perubahan dalam diri nya. Dia dah kurang bercampur dengan kawan-kawan lain yang masih di takuk lama.

Wednesday, February 2, 2011

Johan tiada telinga

Kelakar lawak ni.. Baca lah! Hahahaha..

Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalu ada orang yang mempersoalkan tentang telinga.

Suatu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang di senarai pendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik.

Di akhir temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?".

"Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur.

Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat.

Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?".


"Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu.

Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar. Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank.

Selain bijak dia juga tampan dan bergaya.
Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"

"Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak.

Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh.

"Bagaimana awak tahu?" tanya Johan lagi.

Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata, "Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana?".

Johan pun tensen... Last-last tak jadi ambik pekerja baru.