Saturday, January 30, 2010

Permulaan yang BARU!

Dah lama tapi masih baru.

Lama xtulis blog yg lama tp nampak 'baru' ni.. Betul, sy memang pemalas untuk menulis. Tapi atas dasar permulaan yang baru, perubahan mesti dilakukan. Untuk menjadi seorang pemikir, kita perlu banyak ilmu, banyak idea, banyak interpretasi (apa tu?), banyak arguement, dan banyak menulis. Banyak menulis? Menulis mengembangkan fikiran. Menulis idea itu ibarat mencurah ilmu ke orang lain. Apabila menulis, kita berfikir, apabila menulis, kita terfikir, dan apabila menulis, kita PEMIKIR. Senang ke nak jadi pemikir? Pemikir untuk apa? Pemikir itu siapa? Semua orang berfikir kerana semua orang mempunyai akal, maka semua orang pemikir lah? Memang semua orang berfikir, tetapi tak semua yang betul-betul fikir. Kritisan pemikiran itu membawa seseorang kepada dunia pemikir. Kenapa Albert Einstein dipanggil pemikir? Kenapa Makcik Zizah jiran umah aku tiada orang nak panggil dia pemikir? Kenapa pemikiran Mahathir menjadi contoh sehingga ideanya digelar MAHATHIRNISM? Kenapa tiada pula org gelar Samy Vellunism? Ya, itulah perbezaan seorang pemikir yang diatas normal dengan kita yg normal ini. Betul, kita memang normal. Mereka si PEMIKIR itu diatas normal. Sebab pemikiran mereka menjangkau pemikiran yang tak terfikir dek orang lain.




Perubahan.

Kadang orang kata, "kau ingat kau belajar tinggi-tinggi kau boleh kerja bagus? Lim Goh Tong tu PMR pun tak lepas, tapi dia antara orang terkaya Malaysia." Memang selalu aku dengar ayat berbunyi sedemikian, dan kadang-kala ada pula yang memerli, "alah, budak U konon, belum tentu keluar dapat kerja." Aku tak sangkal pendapat mereka, sememangnya itu realiti terdapat orang business kaya-raya tapi level pendidikan setakat PMR, tak pun SPM tak lepas. So kalau macam tu kenapa wujud Universiti? Baik robohkan, dan semua orang terus cari kerja, buat business sebab nak ikut langkah Lim Goh Tong kan. So nama pun leh tukar la, jadi Muhammad Zulkifli Goh Tong Bin Md. Noor.

Memang la masa depan kita belum diketahui. Ramai mahasiswa mahasiswi menganggur, tak dapat kerja, tapi ada kita tahu kenapa mereka tak dapat kerja? Ada kita ambil tahu? Yang kita tahu, Malaysia dah ramai mahasiswa dan mahasiswi. Peluang pekerjaan semakin kurang. Jadi mulalah mereka berFIKIR yang "tak guna masuk U dah la ni, bazir duit bazir masa je, baik terus kerja, nanti lama-lama naik pangkat juga. Tak pun ambil kemahiran, kursus kemahiran, sebab kemahiran sekarang ramai orang nak." Betul, memanglah betul. Tapi jangan berfikiran sempit, mahupun skeptikal. Memang la lepas graduate, kalau dapat kerja pun, belum tentu boleh kaya. Biasa orang yang kaya ni orang yang buat business, so student Business je la boleh kaya. So lepas ni semua course universiti akan digugurkan dan kita bersama ramai-ramai masuk ke dunia business. Untuk apa? Untuk kaya. Hidup untuk kaya ke? Hidup untuk dapat banyak duit ke? Masuk U untuk apa? Hanya untuk dapatkan kerja bagus? Kalau tak dapat kerja bagus, membazir lah masuk U?

Masuk U itu untuk ILMU. Dan ilmu itu mendidik kita menjadi seorang yang berguna. Sama ada menggunakan ilmu itu ke jalan yang baik, ataupun ke jalan yang salah. Ilmu bukan hanya pada theory, tapi pada amali. Kalau keluar tak dapat kerja, orang itu salah atau ilmu itu salah? Keluar tak dapat kerja bukan sebab universiti (universiti yang diiktiraf la, sbb kalau tak iktiraf, minta kerja orang xnak) tapi sebab manusia itu sendiri. Masuk U untuk perubahan, bukan dari segi pemikiran sahaja, bukan dari segi idea sahaja, bukan dari segi teori sahaja, tapi dari segi amali, tingkah laku, percakapan, SERBA BOLEH. Mana perubahan itu? Ilmu penuh di dada, tapi tersimpan di dada sahaja buat apa? Nak buat pekong? Lepas tu orang cakap sini sana, tak guna masuk U. Memang tak guna lah, sebab mensia-siakan masa, mensia-siakan wang, mensia-siakan peluang untuk berilmu. Yang penting sekali mensia-siakan ILMU itu sendiri. Saya menolak orang masuk U hanya untuk dapatkan kerja bagus bukan atas dasar kepentingan ilmu, dan saya juga menolak orang masuk U hanya untuk ilmu dan bebal untuk mendapatkan kerja bagus.

Kita masuk U bukan nak dapatkan kerja bagus sahaja, supaya jadi kaya. Masuk U bukan tiket untuk hidup senang, tetapi masuk U untuk ILMU. Ilmu tu membentuk seseorang mengolah kehidupan akan datang nya supaya menjadi senang. Ilmu itu mengajar seseorang supaya dapat kerja bagus, bukan sebab sijilnya, tetapi kerana ILMUnya. Sebab tu Nabi kata, menuntut ilmu biarlah sampai ke negeri China. Dengan ilmu, barulah hidup kita selesa. Org yang berilmu adalah orang tidak bodoh, sebab itu orang yang berilmu tidak boleh diperbodohkan, sebab mereka tidak bodoh. Orang business yang kaya juga orang yg berilmu, sebab mereka menggunakan ilmu yang mereka ada untuk tujuan business supaya dapat keuntungan besar. Semua menggunakan ilmu, jadi kenapa perlu cakap "alah, budak U konon, belum tentu keluar dapat kerja." Cakap itu ini, sebab apa? Mereka kekurangan ilmu. Bila kekurangan ilmu, tu yang terkeluar kata-kata macam tu.



Permulaan yang baru.

Mulai dari saat ini, aku masuk u untuk aku dapat kan ilmu. Dan aku akan GUNAKAN ilmu itu sebaik mungkin bagi aku mendapatkan pekerjaan yang baik. Bukan menggunakan ilmu yang berbentuk sijil itu hanya atas dasar tiket mendapatkan kerja. (ayat ni bukan untuk aku la, untuk org lain yang da graduate, sbb aku x grade lg.. ;p). Ini permulaan baru bagi aku, menuntut ilmu dengan ikhlas sebab ilmu itu sendiri. Ikhlas. Ikhlas. Ikhlas.




p/s : Ala, kalau ilmu banyak pun, tapi peluang kerja tak ada, xkerja jugak ko zul.

p/s balik untuk kau : Gunakan ILMU itu dalam mencari PELUANG pekerjaan. Jangan lupa mengingatiNYA sekali tau!!

p/s : Ala yang kau mention org kaya je mesti org business, SITI NURHALIZA tu kaya gak, takat SPM gak, tp dier nyanyi je..

p/s balik untuk kau lagi : Itu bakat disertakan ilmu menyanyi. Kau pandai nyanyi ke?

p/s : Kau cakap pandai la. Kau belajar pun tak habis lg, kerja pun lom tentu lagi, banyak cekadak pulak.

p/s untuk sahabat ku : sebab tu aku letak, 'PERMULAAN YANG BARU.' Bukan bagi aku sahaja, tapi bagi KITA. Okey?

0 comments: