Saturday, February 12, 2011

Buli


Aku tengah jalan² untuk mencari kedai menjual sesuatu untuk di makan. Aku teringat, di Bandar Tun Razak dekat² pusat komuniti tu ada kawasan gerai² jual makanan, so aku teringin nak beli pisang goreng. Aku pun menuju lah ke situ. Dalam perjalanan, aku nampak sekumpulan anak² kecil berjalan. Aku memang suka memerhatikan gelagat orang, mengenali perlakuan manusia di Malaysia, mengenal 'budaya' ciptaan mereka. Tapi kali ni memang aku tertarik dengan gelagat budak kecil ni. Umur mereka dalam lingkungan 8-12 tahun. 

Sedang mereka berjalan, tiba² satu adegan yang membuatkan aku terkedu seketika. Si 'leader' nya yang berbadan agak besar dari yang lain telah mencekik dan menarik baju seorang lagi mungkin rakan mungkin pengikut, tetapi memiliki badan yang paling kecil di antara yang lain. Kemudian, 'leader' itu terus menolak, sehingga budak kecil itu jatuh ke lantai kaki lima. Aku tau ini kes buli. Yang besar buli yang kecil. Aku terus memandang secara tajam ke arah mereka sehingga si 'leader' itu perasan dan mereka terus 'blah' dari situ. Budak kecil tadi kemudian bangun membersihkan badannya, kemudian melihat aku dengan muka agak sayu, dan terus berjalan. Aku pun menyambung semula perjalanan ku mencari pisang goreng.

Aku kemudian berpatah balik setelah pisang goreng dan keledek dibeli. Aku menuju ke LRT Bandar Tun Razak. Sedang dalam menaiki tangga, budak kecil yang di buli tadi berada di situ. Dia lihat aku, di senyum dan dia terus menyapa aku;



"Hai bang.. Urm bang, ada singgit tak?"



Wadafak!

7 comments:

antudegil said...

wakakakaka! tektik untuk mengepau. akhirnyak kau gagal dlm pujukan serta muka kasihan dia ke? :D

Entri Terkini : Parody Sempena Sambutan Valentine’s Day

Zuraidah said...

Budak tuh minta seringgit? Apa motif budak tuh? Erk. =="

ZulkifliMN said...

antu - aku tak bagi pun.. aku marah budak tu.. kecik² dah pandai pow orang.. Ingat kan yang membuli je nakal. Yang di buli pun 2x5. haha..

zue - motif nak pow aku la, kan aku dah tolong dia dari terus di buli. so dia amek kesempatan la.. dia ingat aku ni baik la sbb tolong dia.. haha..

sekamar rindu said...

salam...

budak2 zaman sekarang ni...perangainya...ishh....mcm2..

papabear said...

pastu ko tak tolak dia bagi jatuh kat situ... patutla dia kena belasah...hehehe

Zuraidah said...

Haha! Siot! :D

singgit said...

singgit jer pun... meh baca singgit.com

haha..