Cuti kali ini, aku rasa lain sikit.. Kita hidup dalam pelbagai fenomena perubahan. Kawan dari kecil hingga besar, kawan lama kawan baru, kawan rapat kawan biasa, semua tu sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan kita. Walau macam mana didikan yang kita terima dari ibu bapa kita, aku tak nafikan yang kawan juga memberi 'didikan' sama ada baik atau buruk. Bila di rumah kita hidup dengan family, tetapi bila di sekolah atau di luar kita hidup dengan kawan-kawan. Jadi, sememangnya kawan menjadi sebahagian besar dalam kehidupan kita.
Setiap orang mesti akan ada satu pengalaman hitam dalam diri yang melibatkan kawan. Maksud aku, kita melakukan satu kesalahan yang disebabkan pengaruh dari seorang kawan. Tak kira lah kesalahan atau dosa kecil mahupun besar. Kebiasaannya ia akan berlaku di zaman persekolahan. Sebab waktu tu kita berada di alam remaja. Remaja memang suka memberontak, mempunyai keinginan untuk mencuba sesuatu, tidak berfikir sehabis baik, kurang mengadili perkara baik atau buruk, hanya memikirkan keseronokan dan kebebasan. Kita pun terjebak dengan kegiatan-kegiatan yang tidak baik. Tetapi apabila kita sudah dewasa, sudah bekerja, apa kita rasa dengan segala perbuatan dan kegiatan tidak baik yang pernah kita lakukan dulu? Adakah kita rasa menyesal, ataupun kita rasa kelakar? Tak pun kita rasa seperti satu kenangan manis yang membuatkan kita tersenyum dengan zaman remaja kita. Setiap orang mempunyai perasaan masing-masing Kehidupan remaja kita berbeza dengan orang lain. Mungkin kita yang paling pahit, dan mungkin kita yang paling manis. Hanya kita yang melalui zaman itu, dan kita yang harus menempuhi kesan dari zaman itu di masa kini.
Siapa yang kita persalahkan? Rakan itu, sekolah itu, atau diri sendiri? Aku sentiasa menyalahkan diri sendiri. Aku tak pernah menyalahkan sesiapa. Aku yang selalu ingin mencuba apa yang rakan aku buat. Aku tertarik dengan sesuatu yang belum pernah aku cuba dan aku tidak pernah pikir tentang dosa atau pahala waktu itu. Aku berpegang dengan satu kata-kata dari senior aku yang mana waktu tu, kata-kata itu menjadi kekuatan kepada aku untuk melakukan apa sahaja. BERANI BUAT, BERANI TANGGUNG. Ya, kata-kata itu membuatkan aku berhati kering. Perasaan takut terus hilang. Aku berani buat apa-apa yang aku ingin buat walaupun ia salah di sisi agama dan undang-undang. Aku sentiasa NEKAD dalam apa yang aku ingin buat. Benar, aku telah melalui zaman yang paling hitam. Zaman yang aku rasa aku menyesal dengan apa yang aku lalui.
Tapi aku tak pernah nak menyalahkan sesiapa. Aku tak salahkan ibu-bapa aku, mahupun rakan-rakan aku. Tapi aku bersyukur bila aku sekarang tidak lagi terjebak dengan perangai remaja aku. Aku sudah melalui perubahan itu. Aku akan memasuki umur 23 tahun dalam 3 hari lagi. Aku perlukan satu pengorbanan untuk masa depan aku, ibu-bapa aku, adik-beradik aku, dan semestinya bakal isteri dan anak-anak aku. Dan lagi beberapa bulan aku akan menghabiskan ijazah aku. Aku berharap semuanya akan berjalan lancar. Aku juga berharap rakan-rakan aku akan menjalani kehidupan yang baik. Terutama rakan-rakan yang sama-sama dengan aku di zaman hitam dahulu. Walaupun aku lihat masih ada yang tidak meninggalkan perangai lama, tetapi aku tidak mampu mengubahnya melainkan diri mereka sendiri. Aku sayang rakan-rakan aku. Aku harap pikiran mereka terbuka untuk merubah diri sendiri. Aku minta maaf sekiranya aku kurang melepak bersama. Aku bukan meminggirkan mereka, cuma aku ingin mengejar kerjaya dahulu. Aku ingin mengukuhkan kerjaya yang sudah aku mulakan ini. Aku harap mereka paham. Aku bukan sombong.
p/s - Hari ni aku nampak kawan aku sembahyang jumaat. Aku bersyukur. Aku pun perasan ada perubahan dalam diri nya. Dia dah kurang bercampur dengan kawan-kawan lain yang masih di takuk lama.
6 comments:
Betul tu. jangan tunding jari ke arah orang lain. :)
berubah utk kebaikan.. :)
Betul, betul, betul. :)
*upin&ipin.
Yai, Ejul, Zue - Yup.. Sekarang masa untuk ke depan..!
tacing sial zukep
lu nak tacing kenapa nep? haha..
Post a Comment