Ok, entry kali ini aku nak kongsi idea aku tentang ilmu basic photography. Aku bukanlah professional dalam bidang ni, aku juga masih baru, tapi apa salahnya kalau apa yang aku tau kita kongsi bersama. Tapi kali ni style dia lain sikit. Kita try uji pengetahuan kita melalui test yang aku buat ni. Test ni aku buat untuk memantapkan lagi diri aku sendiri, dan dalam masa yang sama membantu rakan² tentang ilmu asas fotografi. Jom!
Ops, sebelum terlupa, test ni aku buat berdasarkan istilah² Canon. Mungkin ada beberapa istilah yang berbeza dengan camera lain.
1 - Dalam keadaan low-light, shutterspeed berapakah yang sesuai digunakan?
a) 1/125
b) 1/5000
c) 1/30
2 - Ketika mengambil gambar kanak² yang sedang berlari, mode focus apakah yang sesuai digunapakai?
a) Manual focus
b) Ai Servo
c) One Shot Focus
3 - Apakah fungsi ISO?
a) Menentukan jumlah cahaya yang masuk
b) Menentukan kesensitifan sensor terhadap cahaya
c) Menentukan jumlah noise pada gambar
4 - Apakah cara sesuai untuk mengambil gambar landscape?
a) Menggunakan aperture f/16
b) Memegang camera secara hand-held
c) Menggunakan mode focus Ai Servo
5 - Apa itu bokeh?
a) Kawasan gambar yang jelas
b) Kawasan gambar yang 'blur'
c) Kawasan gambar yang terlalu cerah
6 - Pilih pernyataan yang betul tentang mode Tv
a) Mode ini membolehkan kita mengawal sendiri nilai aperture dan shutterspeed
b) Mode ini menentukan ISO secara auto
c) Mode ini membolehkan kita mengawal hanya ISO dan Shutterspeed
7 - Pilih pernyataan yang salah.
a) Aperture yang luas dan focal-length yang panjang boleh menghasilkan shallow depth of field
b) Shutterspeed yang laju boleh menyebabkan gambar bergoyang
c) ISO yang tinggi akan menghasilkan noise yang banyak
8 - Apakah exposure yang baik mengikut graf histogram?
a) Tinggi sekata
b) Tinggi di sebelah kiri
c) Tinggi di sebelah kanan
9 - Ali ingin mengambil gambar Fatimah di bawah terik matahari. Tetapi gambar Fatimah menjadi gelap dan gambar awan menjadi terang. Apa yang perlu Ali lakukan agar exposure gambar normal?
a) Fill-in subjek dengan flash
b) Menggunakan ISO 1600
c) Menggunakan ND8 filter
10 - Dalam keadaan gelap, auto focus tidak dapat berfungsi dengan baik. Apakah sebabnya?
a) Kerana built-in flash dibuka
b) Kerana iso tidak diletakkan pada tahap yang paling tinggi
c) Kerana subjek tersebut tiada kontras warna
11 - Mengambil bacaan pada bahagian 3% ditengah-tengah viewfinder. Digunakan pada keadaan cerah yang extreme (high contrast scene) seperti back-lit atau ada cahaya yang terang sangat dgn latar belakang gelap. Sesuai juga untuk kerja-kerja close-up dan macro.
a) Evaluative Metering
b) Spot Metering
c) Center-weighted Metering
Nak jawapan? Click di bawah.