Showing posts with label Kehidupanku. Show all posts
Showing posts with label Kehidupanku. Show all posts

Friday, February 4, 2011

Aku, Rakan, dan Sejarah Hitam

Cuti kali ini, aku rasa lain sikit.. Kita hidup dalam pelbagai fenomena perubahan. Kawan dari kecil hingga besar, kawan lama kawan baru, kawan rapat kawan biasa, semua tu sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan kita. Walau macam mana didikan yang kita terima dari ibu bapa kita, aku tak nafikan yang kawan juga memberi 'didikan' sama ada baik atau buruk. Bila di rumah kita hidup dengan family, tetapi bila di sekolah atau di luar kita hidup dengan kawan-kawan. Jadi, sememangnya kawan menjadi sebahagian besar dalam kehidupan kita.

Setiap orang mesti akan ada satu pengalaman hitam dalam diri yang melibatkan kawan. Maksud aku, kita melakukan satu kesalahan  yang disebabkan pengaruh dari seorang kawan. Tak kira lah kesalahan atau dosa kecil  mahupun besar. Kebiasaannya ia akan berlaku di zaman persekolahan. Sebab waktu tu kita berada di alam remaja. Remaja memang suka memberontak, mempunyai keinginan untuk mencuba sesuatu, tidak berfikir sehabis baik, kurang mengadili perkara baik atau buruk, hanya memikirkan keseronokan dan kebebasan.  Kita pun terjebak dengan kegiatan-kegiatan yang tidak baik. Tetapi apabila kita sudah dewasa, sudah bekerja, apa kita rasa dengan segala perbuatan dan kegiatan tidak baik yang pernah kita lakukan dulu? Adakah kita rasa menyesal, ataupun kita rasa kelakar? Tak pun kita rasa seperti satu kenangan manis yang membuatkan kita tersenyum dengan zaman remaja kita. Setiap orang mempunyai perasaan masing-masing Kehidupan remaja kita berbeza dengan orang lain. Mungkin kita yang paling pahit, dan mungkin kita yang paling manis.  Hanya kita yang melalui zaman itu, dan kita yang harus menempuhi kesan dari zaman itu di masa kini.

Siapa yang kita persalahkan? Rakan itu, sekolah itu, atau diri sendiri? Aku sentiasa menyalahkan diri sendiri. Aku tak pernah menyalahkan sesiapa. Aku yang selalu ingin mencuba apa yang rakan aku buat. Aku tertarik dengan sesuatu yang belum pernah aku cuba dan aku tidak pernah pikir tentang dosa atau pahala waktu itu. Aku berpegang dengan satu kata-kata dari senior aku yang mana waktu tu, kata-kata itu menjadi kekuatan kepada aku untuk melakukan apa sahaja. BERANI BUAT, BERANI TANGGUNG. Ya, kata-kata itu membuatkan aku berhati kering. Perasaan takut terus hilang. Aku berani buat apa-apa yang aku ingin buat walaupun ia salah di sisi agama dan undang-undang. Aku sentiasa NEKAD dalam apa yang aku ingin buat. Benar, aku telah melalui zaman yang paling hitam. Zaman yang aku rasa aku menyesal dengan apa yang aku lalui.

Tapi aku tak pernah nak menyalahkan sesiapa. Aku tak salahkan ibu-bapa aku, mahupun rakan-rakan aku. Tapi aku bersyukur bila aku sekarang tidak lagi terjebak dengan perangai remaja aku. Aku sudah melalui perubahan itu. Aku akan memasuki umur 23 tahun dalam 3 hari lagi. Aku perlukan satu pengorbanan untuk masa depan aku, ibu-bapa aku, adik-beradik aku, dan semestinya bakal isteri dan anak-anak aku. Dan lagi beberapa bulan aku akan menghabiskan ijazah aku. Aku berharap semuanya akan berjalan lancar. Aku juga berharap rakan-rakan aku akan menjalani kehidupan yang baik. Terutama rakan-rakan yang sama-sama dengan aku di  zaman hitam dahulu. Walaupun aku lihat masih ada yang tidak meninggalkan perangai lama, tetapi aku tidak mampu mengubahnya melainkan diri mereka sendiri. Aku sayang  rakan-rakan aku. Aku harap pikiran mereka terbuka untuk merubah diri sendiri. Aku minta maaf sekiranya aku kurang melepak bersama. Aku bukan meminggirkan mereka, cuma aku ingin mengejar kerjaya dahulu. Aku ingin mengukuhkan kerjaya yang sudah aku mulakan ini.  Aku harap mereka paham. Aku bukan sombong.

p/s - Hari ni aku nampak kawan aku sembahyang jumaat. Aku bersyukur. Aku pun perasan ada perubahan dalam diri nya. Dia dah kurang bercampur dengan kawan-kawan lain yang masih di takuk lama.

Monday, January 31, 2011

Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Balik JB hari tu aku naik bas dari terminal ni. Memang terkejut la, dah macam airport la beb. Memang rasa *jakun juga la. Lepas member aku parking motor, kitorang mencari² mana nak naik ke kaunter tiket ni. Rupanya kena seberang jalan, naik escalator.. Dekat atas baru lalu jambatan menyeberang balik jalan yang aku lalu tadi. Sebab dari bawah bangunan tu, tiada laluan direct ke kaunter tiket.


Masa dekat jambatan nak ke bangunan tu, rasa teruja juga la. Ye lah, pertama kali kan. Sampai² dekat pintu auto open-close door tu, ada la seorang perempuan tegur aku. Lawa siot! 'Selamat datang cik'. Aku pun senyum je la. Best pulak dapat layanan macam tu. Then aku tanya dia mana kaunter tiket, dia pun tunjukkan kat aku. Aku pun terus la nak cari tiket. Sampai dekat kaunter tu, perempuan juga yang layan. Ada screen tv macam dekat wayang tu. Dia tanya aku nak pergi mana. Aku cakap JB, terus dekat screen tu ada keluar nama bas dengan waktu bas tu bergerak. Aku pilih la mana aku nak. Aku ambil bas pukul 5.30pm. Aku pilih bas Qistina. Dalam hati pun pelik la, tak pernah dengar pun nama bas Qistina. Tapi tak apa lah, sebab waktu tu baru pukul 4.15pm. Aku nak makan dulu. Lepas tu dia minta IC. Scan IC aku dulu guna mesin macam dekat bank tu. Then baru dia bagi tiket. Ada nama aku beb kat tiket. Tiket bas je pun ada nama kita kat situ. Best kan? Ade bar kod sekali. Aku tanya dia mana port nak makan, dia cakap tingkat 4. Aku naik la. Kaunter tiket ni kat tingkat 3.



Ada foodcourt kat atas tu, restoran nasi kandar pun ada, Kenny Rogers pun ada. Aku makan dekat foodcourt. Harga mahal sikit la. Aku makan nasi beryani. Tak sedap langsung. Macam tak letak garam. Nasib baik sirap bandung dia sedap. Lapar punya pasal, aku bedal je. Aku nak smoking, aku tanya pakcik kedai tu mana nak smoke? Dia suruh hisap dekat bilik merokok. 1 floor ade 1 bilik. Chare siot bilik dia. Memang best.

Lepas tu aku jalan² ambil gambar sikit sebelum turun bawah pergi dekat gate. Dia dah tak panggil platform dah. Dia panggil gate. Dekat tingkat dua. Sebelum turun ke bawah tu, ada polis bantuan jaga. Tak boleh bawa orang lain turun, hanya penumpang bas je boleh. So member aku pun chow, aku turun. Turun escalator tu ada orang tunggu. Dia minta tiket aku, then dia tunjukkan gate tempat aku menunggu. Aku dah tau dah gate mana sebab ada board macam dekat airport tu. Kita boleh tau kita punya gate dekat mana. Siap ada board ketibaan lagi beb. Bukan board berlepas je. Canggih kan?





Sampai je dekat gate tu, aku tengok bas belum sampai. So aku duduk dulu dekat kerusi besi berkilat tu. Lepas tu datang awek ni panggil aku. "cik Zulkifli kan? Saya nak minta tiket untuk scan" Huiiyooo.. Dia tau nama aku beb.. Haha.. Memang la dia tau, kan dekat atas tadi dah scan IC kan. So pekerja dekat bawah tau la aku siapa. Satu sistem kan. Bas sampai je, diorang jemput aku naik dengan orang² lain, buka kan bonnet bas, masukkan beg. Rupanya Qistina ni bas Star Mart. Ekslusif juga bas ni. Memang seronok la, rasa teratur je. Tak rasa kelam kabut. Tenang, tak rasa takut tertinggal bas. Gambar dekat gate tu aku ambil, tapi terdelete. Tak dapat nak tunjuk suasana dekat situ. Polis ramai beb. Kutu tiket memang tak boleh nak buat kerja. Lagipun dia guna IC kan. Aku rasa dah tak payah panggil terminal bas la. Panggil landport je. Sebab macam airport kan.. Hehe.. =)



*jakun adalah perasaan teruja dengan sesuatu yang baru yang belum pernah kita nampak atau kita ketahui.

p/s - Rating 9/10 sebab banyak kedai belum buka, dan tak banyak bas.

Saturday, January 29, 2011

Gong Xi Fa Chai

Aku dapat cuti seminggu sempena raya cina. So lebih kurang 2 jam lagi aku akan pulang ke JB. Tak sabar nak tatap wajah mak, ayah, dan adik beradik. Walau aku tak pernah tunjuk yang aku ni mengingati mereka, tapi jauh di sudut hati aku mereka lah yang lebih utama. Cuti seminggu ni sekejap sangat, busy dengan thesis lagi, tak dapat nak rasa cuti sepenuhnya. Urm, mudah²an ada la awek yang nak jadi model aku balik cuti nanti. Boleh experiment dengan cahaya lagi. Dah lama tak asah shutter. Takut tumpul pulak nanti. Hahaha.. Sempena raya cina ni, kepada kawan² aku yang berbangsa cina, dan tak lupa kepada masyarakat cina di Malaysia, aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA. Limau jangan lupa bagi ok? Kan best kalau kita hidup di Malaysia ni tanpa ada rasa benci terhadap kaum lain. Kita hidup dengan pelbagai bangsa. Tapi kita selalu berdiri di atas nama bangsa sendiri. Cukup sukar untuk berdiri bersama². Aku tak nafikan perasaan membela melayu itu wujud dalam diri aku. Tapi aku malu dengan bangsa aku sendiri. Bangsa melayu selalu ketinggalan. Bangsa melayu sering dikaitkan dengan masalah sosial, jenayah, kemalasan, dan macam². Aku harap, aku bukan melayu itu. Dan aku taknak menjadi melayu sebegitu. Walaupun ini tahun baru cina, tapi apa salahnya kalau kita tetapkan azam kan? All the best to me and all of my friend. Sekarang mood tengah rajin. So aku pun rajin la nak tunjuk hasil kerja aku tangkap gambar muka aku sendiri, hanya dengan 1 speedlight, diffuse pakai singlet putih sebab softbox tak bawak. So ni hasil self-portrait aku.

Sunday, January 31, 2010

Facebook : Bagus, kurang bagus, atau langsung tidak bagus?




"Lu madah mengadap FB (gelaran untuk FACEBOOK bagi 'mereka') je, sembahyang tak wat?"

Haha, aku terkena. Facebook melalaikan aku. Facebook, tak kan kau orang tak tahu kot? Facebook la. Macam MYSPACE, FRIENDSTER, TAGGED, etc. Memang satu penipuan sekiranya kamu tidak mengetahui apa itu facebook. Melainkan kamu tidak bergiat dalam dunia cyber. Tak pun, tak tahu apa itu INTERNET.

FB ni untuk apa? Untuk apa lagi, untuk cari kawan, untuk komen-komen, untuk MERAPATKAN SILATURRAHIM sesama manusia, untuk main FARMVILLE, main TEXAS HOLDEM POKER, untuk main FISHVILLE, macam-macam game lagi lah! Bagus ke FB ni? Bagus lah. Kita dapat jumpa kenalan-kenalan lama, tanya khabar, ramaikan kawan, sambil tu boleh main game, jawab quiz, dan macam-macam lagi lah. Kan tu boleh release tension sikit. Betul ke release tension? Betul lah, bila main facebook kan happy sikit. Lihat kawan-kawan punya komen, lihat gambar-gambar kawan, jawab quiz, seronok semua tu. Hilang sikit tension.

Betul ke kau orang main FB sebab nak hilangkan tension, ke atau da menjadi satu rutin bagi kau orang dalam kehidupan globalisasi dan serba moden ni? RUTIN?

Perkataan rutin ni menarik minat aku. Betul, FB dah seperti rutin bagi aku. Setiap kali aku online, page pertama yang aku akan buka adalah FB. Then, aku akan check segala apa yang aku perlu check. Termasuk sekali dengan tanaman-tanaman aku, dah membesar ke belum. Hahaha. Rutin bai, lu x caye pe? Gua da ketagih dengan facebook ni, sebab tu gua tinggal sembahyang, gua tak baca buku, gua tak siapkan assignment dulu, GUA TAK BUAT SEMUA TU BAI! Habis, bagus ke FB ni? Itu kita panggil bagus ke?

Aku tak mahu komen tentang FB ni Yahudi lah, FB ni pengkalan data untuk US la, itu semua aku taknak masuk campur. Yang aku nak tekan kan kat sini, FACEBOOK MELALAIKAN KITA. Mungkin bukan bagi kau orang, tapi mungkin juga ia berlaku pada kau orang. Sebab kau orang juga main facebook. Tapi bagus lah kalau kau orang main FB ni sekadar biasa-biasa, tidak hingga menjadi RUTIN. Tapi aku? Mereka yang sama macam aku? Macammana?

Macammana apa lagi, kuranglah korang punya layanan pada FB ni. Jangan dok mengadap je. Aku xcakap korang, aku cakap pada diri aku. (hahaha)



p/s : Sebelum kau ada FB pun mcmlah kau sembahyang, macamlah kau buat assignment awal-awal, macamlah kau baca buku!! Pastu nak salahkan facebook pulak!

Saturday, January 30, 2010

Permulaan yang BARU!

Dah lama tapi masih baru.

Lama xtulis blog yg lama tp nampak 'baru' ni.. Betul, sy memang pemalas untuk menulis. Tapi atas dasar permulaan yang baru, perubahan mesti dilakukan. Untuk menjadi seorang pemikir, kita perlu banyak ilmu, banyak idea, banyak interpretasi (apa tu?), banyak arguement, dan banyak menulis. Banyak menulis? Menulis mengembangkan fikiran. Menulis idea itu ibarat mencurah ilmu ke orang lain. Apabila menulis, kita berfikir, apabila menulis, kita terfikir, dan apabila menulis, kita PEMIKIR. Senang ke nak jadi pemikir? Pemikir untuk apa? Pemikir itu siapa? Semua orang berfikir kerana semua orang mempunyai akal, maka semua orang pemikir lah? Memang semua orang berfikir, tetapi tak semua yang betul-betul fikir. Kritisan pemikiran itu membawa seseorang kepada dunia pemikir. Kenapa Albert Einstein dipanggil pemikir? Kenapa Makcik Zizah jiran umah aku tiada orang nak panggil dia pemikir? Kenapa pemikiran Mahathir menjadi contoh sehingga ideanya digelar MAHATHIRNISM? Kenapa tiada pula org gelar Samy Vellunism? Ya, itulah perbezaan seorang pemikir yang diatas normal dengan kita yg normal ini. Betul, kita memang normal. Mereka si PEMIKIR itu diatas normal. Sebab pemikiran mereka menjangkau pemikiran yang tak terfikir dek orang lain.




Perubahan.

Kadang orang kata, "kau ingat kau belajar tinggi-tinggi kau boleh kerja bagus? Lim Goh Tong tu PMR pun tak lepas, tapi dia antara orang terkaya Malaysia." Memang selalu aku dengar ayat berbunyi sedemikian, dan kadang-kala ada pula yang memerli, "alah, budak U konon, belum tentu keluar dapat kerja." Aku tak sangkal pendapat mereka, sememangnya itu realiti terdapat orang business kaya-raya tapi level pendidikan setakat PMR, tak pun SPM tak lepas. So kalau macam tu kenapa wujud Universiti? Baik robohkan, dan semua orang terus cari kerja, buat business sebab nak ikut langkah Lim Goh Tong kan. So nama pun leh tukar la, jadi Muhammad Zulkifli Goh Tong Bin Md. Noor.

Memang la masa depan kita belum diketahui. Ramai mahasiswa mahasiswi menganggur, tak dapat kerja, tapi ada kita tahu kenapa mereka tak dapat kerja? Ada kita ambil tahu? Yang kita tahu, Malaysia dah ramai mahasiswa dan mahasiswi. Peluang pekerjaan semakin kurang. Jadi mulalah mereka berFIKIR yang "tak guna masuk U dah la ni, bazir duit bazir masa je, baik terus kerja, nanti lama-lama naik pangkat juga. Tak pun ambil kemahiran, kursus kemahiran, sebab kemahiran sekarang ramai orang nak." Betul, memanglah betul. Tapi jangan berfikiran sempit, mahupun skeptikal. Memang la lepas graduate, kalau dapat kerja pun, belum tentu boleh kaya. Biasa orang yang kaya ni orang yang buat business, so student Business je la boleh kaya. So lepas ni semua course universiti akan digugurkan dan kita bersama ramai-ramai masuk ke dunia business. Untuk apa? Untuk kaya. Hidup untuk kaya ke? Hidup untuk dapat banyak duit ke? Masuk U untuk apa? Hanya untuk dapatkan kerja bagus? Kalau tak dapat kerja bagus, membazir lah masuk U?

Masuk U itu untuk ILMU. Dan ilmu itu mendidik kita menjadi seorang yang berguna. Sama ada menggunakan ilmu itu ke jalan yang baik, ataupun ke jalan yang salah. Ilmu bukan hanya pada theory, tapi pada amali. Kalau keluar tak dapat kerja, orang itu salah atau ilmu itu salah? Keluar tak dapat kerja bukan sebab universiti (universiti yang diiktiraf la, sbb kalau tak iktiraf, minta kerja orang xnak) tapi sebab manusia itu sendiri. Masuk U untuk perubahan, bukan dari segi pemikiran sahaja, bukan dari segi idea sahaja, bukan dari segi teori sahaja, tapi dari segi amali, tingkah laku, percakapan, SERBA BOLEH. Mana perubahan itu? Ilmu penuh di dada, tapi tersimpan di dada sahaja buat apa? Nak buat pekong? Lepas tu orang cakap sini sana, tak guna masuk U. Memang tak guna lah, sebab mensia-siakan masa, mensia-siakan wang, mensia-siakan peluang untuk berilmu. Yang penting sekali mensia-siakan ILMU itu sendiri. Saya menolak orang masuk U hanya untuk dapatkan kerja bagus bukan atas dasar kepentingan ilmu, dan saya juga menolak orang masuk U hanya untuk ilmu dan bebal untuk mendapatkan kerja bagus.

Kita masuk U bukan nak dapatkan kerja bagus sahaja, supaya jadi kaya. Masuk U bukan tiket untuk hidup senang, tetapi masuk U untuk ILMU. Ilmu tu membentuk seseorang mengolah kehidupan akan datang nya supaya menjadi senang. Ilmu itu mengajar seseorang supaya dapat kerja bagus, bukan sebab sijilnya, tetapi kerana ILMUnya. Sebab tu Nabi kata, menuntut ilmu biarlah sampai ke negeri China. Dengan ilmu, barulah hidup kita selesa. Org yang berilmu adalah orang tidak bodoh, sebab itu orang yang berilmu tidak boleh diperbodohkan, sebab mereka tidak bodoh. Orang business yang kaya juga orang yg berilmu, sebab mereka menggunakan ilmu yang mereka ada untuk tujuan business supaya dapat keuntungan besar. Semua menggunakan ilmu, jadi kenapa perlu cakap "alah, budak U konon, belum tentu keluar dapat kerja." Cakap itu ini, sebab apa? Mereka kekurangan ilmu. Bila kekurangan ilmu, tu yang terkeluar kata-kata macam tu.



Permulaan yang baru.

Mulai dari saat ini, aku masuk u untuk aku dapat kan ilmu. Dan aku akan GUNAKAN ilmu itu sebaik mungkin bagi aku mendapatkan pekerjaan yang baik. Bukan menggunakan ilmu yang berbentuk sijil itu hanya atas dasar tiket mendapatkan kerja. (ayat ni bukan untuk aku la, untuk org lain yang da graduate, sbb aku x grade lg.. ;p). Ini permulaan baru bagi aku, menuntut ilmu dengan ikhlas sebab ilmu itu sendiri. Ikhlas. Ikhlas. Ikhlas.




p/s : Ala, kalau ilmu banyak pun, tapi peluang kerja tak ada, xkerja jugak ko zul.

p/s balik untuk kau : Gunakan ILMU itu dalam mencari PELUANG pekerjaan. Jangan lupa mengingatiNYA sekali tau!!

p/s : Ala yang kau mention org kaya je mesti org business, SITI NURHALIZA tu kaya gak, takat SPM gak, tp dier nyanyi je..

p/s balik untuk kau lagi : Itu bakat disertakan ilmu menyanyi. Kau pandai nyanyi ke?

p/s : Kau cakap pandai la. Kau belajar pun tak habis lg, kerja pun lom tentu lagi, banyak cekadak pulak.

p/s untuk sahabat ku : sebab tu aku letak, 'PERMULAAN YANG BARU.' Bukan bagi aku sahaja, tapi bagi KITA. Okey?

Monday, March 2, 2009

Cekak Hanafi

Semalam aku baru ijazah pertama silat cekak hanafi oleh tok guru Marwi Latif. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. walaupun sepatutnya ader belasan org yg akan ijazah, tp disebabkan hal2 tertentu, hanya 6 org sahaja yang diijazahkan. mudah-mudahan aku berjaya habiskan latihan hingga ke buah 21. amin..

Friday, February 27, 2009

Waktu tidur..

Sejak duduk luar ni, waktu tidur aku dah berubah. Aku dah tak boleh tidur awal, asik tidur lambat je. Ntah kenapa jadi macam ni ntah. Kalau x effect study aku tak apa gak. Ni bila da tidur lambat, bangun pun lambat. Last2 kelas pun x pergi. Aku nak ubah balik tapi x boleh la. Pukul 11 aku cuba tidur, tapi xboleh tidur. Sekarang da pukul 4 da, still xdpt tidur jugak. Tah la.. Kehidupan aku da berubah sangat. Study tah kemana, kelas tah kemana, assgnment tah kemana.. Ape nak jadi dengan aku ni.. Kene stop ni. xleh terus mcm nih..







damn..!

Thursday, February 26, 2009

Kehidupan di UPNM


dari dulu lagi aku meminati kerjaya sebagai tentera.. dari kecik lagi.. dulu ms spm, aku angan-angan nak masuk ATMA.. tp time tuh aku banyak main.. result spm aku xbape ok. aku nyesal gak banyak main-main. tapi nak wat cmner kan.. da xder rezeki nak masuk atma..
nak masuk u pon x lepas peh.. 3 gagal tuh.. padahal aku bdak sains tulen. tah la.. banyak main-main la aku nih.. aku hanya mmpu tunggu rayuan form6 je.. tapi time tuh walaupun budak rayuan form6 da masuk, nama aku xder.. sedih gile gak time tuh.. aku mcm pk xder masa depan je dah.. aku pon masuk kelas muzik, belajar drum.. skurang2nya aku ader gak kemahiran nak backup mase depan yg xtau lagi hala tuju nya. alhamdulillah PPD (pejabat pendidikan daerah) tpon aku tnye nak belajar lagi ke x. nak ckupkan kuota f6. so aku grab la peluang tuh..

bile da dpt result stp, aku gembira gak.. aku bangkit dari kegagalan dulu. time nak pilih u tuh, aku terkejut sbb ader Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.. dulu dikenali sebagai ATMA. dier mempelawa pelajar lepasan stp ngan matriks masuk. sikit punye gembira aku. ingat da xder peluang da nak masuk ATMA nih. aku mohon terus sbagai pilihan pertama. dan skg aku kat UPNM. sem 2 da. tapi... ape yang aku inginkan x seperti ape yang aku dapat..

Apa yang aku xdpt? Sebab ape?

Lu pikir lah sendiri..




Duty, Honour, Integrity..


hahahaha...