Showing posts with label Teknik Fotografi. Show all posts
Showing posts with label Teknik Fotografi. Show all posts

Saturday, August 20, 2011

Strobist dengan lampu jalan

Bermain cahaya di jalanan dengan menjadikan si cilik anak kejiranan sebagai model bidan terjun, bersama 2 lampu denyar. Haha, tak sastera kan ayat aku. OK! Dah lama tak update entry. Kali ni nak tunjuk dekat korang sedikit hasil gambar aku yang tak seberapa ni. Lokasi? Tepi jalan je, depan rumah membe aku. 1 flash sebagai main light, diffuse guna softbox, 45 darjah kiri subjek. Satu lagi sebagai keylight, belakang kanan subjek (berapa darjah tah, aku tak pandai kira) direct flash. Backlight pula? Yang ni ambient dari lampu jalan. Orennnnn gitu. Konon macam pakai gel kaler oren la hahaha.. Okeh ini hasilnya!





 Si Balqish yang sangat comel. Mulai hari tu, aku terus declare dengan die, we are couple now.



Khalid, abang Balqish. Budak ni memang rock, tengah malam tak pakai baju boleh niarap2 atas tar jalan.




Ok tak payah post banyak² gambar. Kesimpulannya, aku memerlukan model, takkan asik nak ambil gambar budak je. Kalau shoot model, semangat tu jadi lain. Gambar pon jadi cantik. Siapa sudi? =)






Saturday, January 22, 2011

11 Basic Photography Test


Ok, entry kali ini aku nak kongsi idea aku tentang ilmu basic photography. Aku bukanlah professional dalam bidang ni, aku juga masih baru, tapi apa salahnya kalau apa yang aku tau kita kongsi bersama. Tapi kali ni style dia lain sikit. Kita try uji pengetahuan kita melalui test yang aku buat ni. Test ni aku buat untuk memantapkan lagi diri aku sendiri, dan dalam masa yang sama membantu rakan² tentang ilmu asas fotografi. Jom!

Ops, sebelum terlupa, test ni aku buat berdasarkan istilah² Canon. Mungkin ada beberapa istilah yang berbeza dengan camera lain.


1 - Dalam keadaan low-light, shutterspeed berapakah yang sesuai digunakan?
a) 1/125
b) 1/5000
c) 1/30

2 - Ketika mengambil gambar kanak² yang sedang berlari, mode focus apakah yang sesuai digunapakai?
a) Manual focus
b) Ai Servo
c) One Shot Focus

3 - Apakah fungsi ISO?
a) Menentukan jumlah cahaya yang masuk
b) Menentukan kesensitifan sensor terhadap cahaya
c) Menentukan jumlah noise pada gambar

4 - Apakah cara sesuai untuk mengambil gambar landscape?
a) Menggunakan aperture f/16
b) Memegang camera secara hand-held
c) Menggunakan mode focus Ai Servo

5 - Apa itu bokeh?
a) Kawasan gambar yang jelas
b) Kawasan gambar yang 'blur'
c) Kawasan gambar yang terlalu cerah

6 - Pilih pernyataan yang betul tentang mode Tv
a) Mode ini membolehkan kita mengawal sendiri nilai aperture dan shutterspeed
b) Mode ini menentukan ISO secara auto
c) Mode ini membolehkan kita mengawal hanya ISO dan Shutterspeed

7 - Pilih pernyataan yang salah.
a) Aperture yang luas dan focal-length yang panjang boleh menghasilkan shallow depth of field
b) Shutterspeed yang laju boleh menyebabkan gambar bergoyang
c) ISO yang tinggi akan menghasilkan noise yang banyak

8 - Apakah exposure yang baik mengikut graf histogram?
a) Tinggi sekata
b) Tinggi di sebelah kiri
c) Tinggi di sebelah kanan

9 - Ali ingin mengambil gambar Fatimah di bawah terik matahari. Tetapi gambar Fatimah menjadi gelap dan gambar awan menjadi terang. Apa yang perlu Ali lakukan agar exposure gambar normal?
a) Fill-in subjek dengan flash
b) Menggunakan ISO 1600
c) Menggunakan ND8 filter

10 - Dalam keadaan gelap, auto focus tidak dapat berfungsi dengan baik. Apakah sebabnya?
a) Kerana built-in flash dibuka
b) Kerana iso tidak diletakkan pada tahap yang paling tinggi
c) Kerana subjek tersebut tiada kontras warna

11 - Mengambil bacaan pada bahagian 3% ditengah-tengah viewfinder. Digunakan pada keadaan cerah yang extreme (high contrast scene) seperti back-lit atau ada cahaya yang terang sangat dgn latar belakang gelap. Sesuai juga untuk kerja-kerja close-up dan macro.
a) Evaluative Metering
b) Spot Metering
c) Center-weighted Metering



Nak jawapan? Click di bawah.

Friday, January 21, 2011

Forced Perspective

Forced Perspective adalah satu teknik di mana kita memanipulasikan jarak antara 2 objek utk menghasilkan satu ilusi optik iaitu menjadikan gambar tersebut seperti 'real'. Ia memanipulasi persepsi visual manusia melalui penggunaan benda-benda skala dan hubungan antara mereka, dan sudut pandang penonton atau kamera. Lihat contoh gambar² di bawah.