Barat melaung-laungkan 'Human Right' atau Hak Asasi Manusia terutama Amerika yang menegaskan isu itu dalam dasar luarnya. Namun adakah Amerika mengotakan dasar nya? Adakah tindakan yang dilakukan mereka dalam hubungan antarabangsa itu menepati garis idea polisi luar mereka? Betul, mereka sememangnya human right, namun hanya dalam aspek dalaman sahaja, iaitu pembelaan dan kebebasan rakyat Amerika itu sendiri.
Amerika adalah negara yang bebas. Masyarakat Islam di sana hanyalah minoriti. Lesbian, gay, perkahwinan perbezaan agama adalah antara kebebasan yang diterima rakyat. Namun itu Amerika. Bukan Malaysia. Bagaimana dengan Malaysia? Perlukah kita sebagai masyarakat Islam membenarkan perkahwinan berbeza agama,lesbian mahupun gay? Bukankah ia menuruti hak asasi manusia, dan hak asasi manusia itu betul? Apakah perlanggaran yang berlaku di sini?
Inilah Islam Liberal. Islam yang membenarkan lesbian dan gay. Islam yang mengagungkan Pluralism. Islam yang berfikiran moden, yang memperjuangkan hak asasi manusia, yang muncul dari golongan cerdik pandai, yang menampilkan idea mereka yang luar dari batasan. Namun mereka tetap berpendirian Islam, dan idea mereka itu merupakan fatwa bagi mereka. Golongan apakah ini? Membenarkan gay dan lesbian dalam Islam? Adakah mereka ini Syiah? Ataupun seorang Muslim mahupun Muslimah yang disimbah ideologi Yahudi ke pemikiran nya? Ataupun sememangnya mereka adalah patung Yahudi itu?
Prof. Dr. Siti Musdah Mulia sebagai Women of the Year 2009 pada Il Premio Internazionale La Donna Dell `Anno (International Prize for the Woman of the Year) 2009 di Saint-Vincent, Italia.
Itu yang menjadi persoalan kita. Dari mana idea ini datang. Bagaimana di Indonesia boleh muncul seorang muslimah bernama Dr. Musdah yang telah menerima anugerah dari barat kerana menghalalkan lesbian dengan gay di T1 Premio Internazionale La Donna Dell' Anno Year 2009 di Saint Vincent, Itali. Dr. musdah merupakan seorang pendukung liberal feminism yang mana merupakan pensyarah Pemikiran Politik Islam Sharif Hidayatullah, Jakarta, juga merupakan Profesor Penyelidik di Institut Kajian Sains Indonesia sejak 2003. Kronologi pemikiran Dr. Musdah ini bermula dengan resolusi hukum Islam baru (CLD-KHI) dimana Dr. Musdah merupakan ketua perbincangan Tim Penulis Pembaharuan Hukum Islam iaitu ;
i)Poligami tidak sah dan mesti dinyatakan batal secara undang-undang,
ii)Perkahwinan yang berbeza agama, termasuk antara Muslimah dan bukan Islam mesti dikira sah,
iii)Masa 'iddah bukan hanya untuk perempuan sahaja, tapi juga untuk laki-laki. Masa iddah laki-laki adalah 130 hari,
iv)Bahagian warisan anak lelaki dan anak perempuan adalah sama,
v)Isteri boleh juga menjatuhkan talak.
Draf ini telah diselar oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI), namun Dr. Musdah tetap berpegang pada idea liberal nya itu sehingga beliau berani untuk membenarkan dan menghalalkan homoseksual serta aktiviti lesbian dan gay dengan resolusi baru "Homoseksual adalah perkara semulajadi dan ia diciptakan oleh Tuhan, oleh itu ia dibolehkan dalam agama." Pengharaman homoseksualiti dakwanya dilakukan oleh ulama-ulama yang berfikiran sempit. Sedangkan tegas beliau, tiada perbezaan antara lesbian dan bukan lesbian kerana orang yang dipandang mulia oleh Allah adalah yang bertakwa. Dakwaan Dr. Musdah ini banyak disokong oleh pihak-pihak lain yang telah terpengaruh oleh idea Islam liberalnya itu.
Musdah Mulia bersama Condoleeza Rice, (ketika itu) Setiausaha Negara Amerika Syarikat
Musdah Mulia bersama Paula Dobriansky, Timbalan Setiausaha Negara, Amerika Syarikat. Ketika itu dia mendapat anugerah 'Internationa Women of Courage Award' dari Jabatan Negara, USA.
Itu di Indonesia. Bagaimana dengan Malaysia? Takkan Malaysia tidak terkena dengan percikan ideologi Islam liberal itu? Sadarkah kita bahawa Suruhanjaya Antara Agama (IFC) mula mengucar-kacirkan undang-undang Islam malaysia. Mungkin ia tidak sampai kepada menghalalkan lesian, gay, mahupun homoseksual, tetapi tuntutan-tuntutan mereka mula menggusarkan kita kerana hari demi hari semakin ramai saudara kita yang murtad. Kalau dahulu isu Natrah menjadi genting sehingga membawa kepada rusuhan besar-besaran di Singapura, adakah kita lihat tragedi seperti itu berlaku sekarang sedangkan semakin ramai yang 'meliberalkan' diri mereka dari Islam? Itukah yang kita katakan hak asasi manusia? Relevankah ia dalam Islam?
sumber : Zulkarnain Zakaria, Al Islam Februari 2010 'Umum', Utusan Karya.
www.anwaraidc.com/.../dr-musdah-dapat-anugerah-barat-kerana-halalkan-lesbian-dan-gay.html
http://www.parliamentofreligions.org/index.cfm?n=27&sn=60
http://www.acehforum.or.id/kampanye-lesbi-dr-t14446.html?s=568aa9fa77de4349e095458d55cd9baf&
p/s : teringat kata-kata seorang rakan yang dahulunya Islam kini Atheis - "setiap perkara atau benda, ada yang menjadikannya. Allah siapa yang menjadikannya?" Astaughfirullah. Mohon ya Allah, kau berikanlah hidayah pada hambamu ini.
0 comments:
Post a Comment