Wednesday, January 19, 2011

Khasiat telur separuh masak

Nak tau apa khasiat telur separuh masak? Jom baca cerita ni.. Pengalaman sebenar seorang suami..

Aziz dan Ani membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.

Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata,

"beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu."

Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan.

"Telur ni untuk saya ke mak?", tanya si anak.

"Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu untuk ayah
kau punye", kata emaknya.


Sorry, aku tak berapa paham ok.. Siapa paham angkat tangan?

Apa jantina PC/Laptop korang?


Korang ingat manusia dengan binatang je ke ada jantina? PC/Laptop pun ada la weh. Tak percaya cuba try cara ni. Senang je.

1st - pergi dekat 'folder option', click pada tab 'view', untick pada ' Hide extensions for known file types' dan tekan 'ok'.

2nd - Buka "notepad", tulis CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"

3rd - Save as 'i love you.vbs'

Lepas tu double-click la file tu.. Dengar suara PC/Laptop korang bercakap. Siap boleh bual² lagi. Aku punya PC jantan la. Tak best. Tapi banyak la benda yang kitorang bincangkan untuk improve performance PC aku ni.. Hehehehehe..

Kek harijadi untuk isteri

Seorang lelaki dengan tergesa2 telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu. "Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu.

Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk persembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera! di kek itu:

"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."

Hahahahaha..

10 perkara best tentang HTC Wildfire


Kalau korang kaki smartphone, korang mesti tau HTC Wildfire kan. Tapi korang mesti tak pandang punya lah. Sekarang kan dah keluar HTC Desire HD. Yang kaki Apple, confirm² la minat kat I-Phone je kan. Tapi aku peduli apa, aku nak cerita pasal Wildfire ni gak. Pasal apa? Pasal murah la beb. Nak tunggu duit kumpul aku ni angkut Desire HD, memang bercinta la. So bak kata orang, target perlulah diletakkan pada apa yang kita rasa kita boleh capai. And gua rasa Wildfire ni memang boleh punya. Sikit hari lagi jadi milik aku la ni haha. Lu rilek je. Jom kita kongsi sikit apa yang best pasal Wildfire ni. Aku taknak cerita fully spec dia, just nak bagitahu apsal aku minat dengan wildfire ni.

1 - Menggunakan Operating System Android 2.1 dan boleh update kepada 2.2. Ni yang aku paling suka ni. ANDROID weh. Boooo sket sama I-Phone.. Haha.. Android ni salah satu OS yang tengah bersaing dengan Apple. Sebab apa die best? Sebab die leh customize sendiri. Apple boleh ke? Haha.. Apps dengan Games die cecah 200000 beb (last update 27 Disember 2010). Banyak tu. Tapi still kalah dengan Apple la. App Store ada 300000.

2 - Kamera 5 megapixel. Autofocus dia best. Bokeh dia cantik gak.

3 - Design dia cantik. Tak kecik tak besar. Ngam² sedap dipegang.

4 - HTC Sense

5 - Screen smooth macam I-Phone. Tapi pada aku agak over sensitive la. Janji smooth sudah.

6 - Nama 'wildfire' tu membuatkan aku teruja. Perghh...

7 - Update OS, overclock, tak affect warranty pon. I-phone baru jailbreak dah break warranty.

8 - Smartphone Android yang murah tapi versetail. Samsung Galaxy 5 pun murah lagi, tapi kecik, tak cantik, dan tak 'HTC'.. Hehe...

9 - Widget dia best. And macam² widget 'chare' yang free² pon ada.

10 - Ada 3 colour. Hitam, merah, and putih. Cantik siot yang merah. Aku aim yang tu.


Dah ramai dah orang pakai wildfire ni, cuma aku je agak ketinggalan. Biasa la, duit ni tak nak datang. Pakai je la K530i ni dulu. Agak² kan kalau la jatuh duit dari langit berdebuk depan mata aku RM2k, nak angkat wildfire atau Desire HD? Wow!





p/s - Sebenarnya aku minat Android je yang lebih. Tak kisah la smartphone apa pun janji Android. Eh, wildfire leh update gingerbread ke ek?

Thursday, March 4, 2010

Roti Di Awangan

Cuti Tahun Baru Cina aku penuh dengan jalan-jalan, mandi-mandi, dan makan-makan. Memang seronok sebab masa cuti ni la kawan-kawan aku boleh plan macam-macam program travel. Ape yang aku nak cerita kat sini, aku da makan roti terbang kat batu 6 Melaka. Gila terpegun aku tengok skill brader tu tebar roti canai. Sebab warung dia dah pernah keluar TV3, tu yang kitorang nak sangat pergi makan roti terbang tu. Akhirnya sampai juga hajat aku nak makan roti terbang. Roti dia memang lembut tak ingat punya. Tapi yang aku pelik, walaupun dah masuk TV3, apsal tak cantik kan sikit warung tu bang? Sekurang-kurang nya letak la banner roti terbang kat situ. Ni langsung tak ada. Low profile gile brader roti terbang tu punye warung. Tapi tu biarlah, mungkin rezeki belum ada lagi kan. Meh aku promote roti terbang real recording dari handphone murah aku, SE K530i. Video xsmooth. Kalau nak tngok smooth, datang sendiri la. Live punye.


alamak, video senget la. Somebody teach me how to rotate dis vid..

Gambar sekitar di Melaka.





Perigi Tuah? haha.. kalau kau orang hebat, cube teka kat mana perigi tuah ni.. hahahaha..