Monday, January 31, 2011

Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

Balik JB hari tu aku naik bas dari terminal ni. Memang terkejut la, dah macam airport la beb. Memang rasa *jakun juga la. Lepas member aku parking motor, kitorang mencari² mana nak naik ke kaunter tiket ni. Rupanya kena seberang jalan, naik escalator.. Dekat atas baru lalu jambatan menyeberang balik jalan yang aku lalu tadi. Sebab dari bawah bangunan tu, tiada laluan direct ke kaunter tiket.


Masa dekat jambatan nak ke bangunan tu, rasa teruja juga la. Ye lah, pertama kali kan. Sampai² dekat pintu auto open-close door tu, ada la seorang perempuan tegur aku. Lawa siot! 'Selamat datang cik'. Aku pun senyum je la. Best pulak dapat layanan macam tu. Then aku tanya dia mana kaunter tiket, dia pun tunjukkan kat aku. Aku pun terus la nak cari tiket. Sampai dekat kaunter tu, perempuan juga yang layan. Ada screen tv macam dekat wayang tu. Dia tanya aku nak pergi mana. Aku cakap JB, terus dekat screen tu ada keluar nama bas dengan waktu bas tu bergerak. Aku pilih la mana aku nak. Aku ambil bas pukul 5.30pm. Aku pilih bas Qistina. Dalam hati pun pelik la, tak pernah dengar pun nama bas Qistina. Tapi tak apa lah, sebab waktu tu baru pukul 4.15pm. Aku nak makan dulu. Lepas tu dia minta IC. Scan IC aku dulu guna mesin macam dekat bank tu. Then baru dia bagi tiket. Ada nama aku beb kat tiket. Tiket bas je pun ada nama kita kat situ. Best kan? Ade bar kod sekali. Aku tanya dia mana port nak makan, dia cakap tingkat 4. Aku naik la. Kaunter tiket ni kat tingkat 3.



Ada foodcourt kat atas tu, restoran nasi kandar pun ada, Kenny Rogers pun ada. Aku makan dekat foodcourt. Harga mahal sikit la. Aku makan nasi beryani. Tak sedap langsung. Macam tak letak garam. Nasib baik sirap bandung dia sedap. Lapar punya pasal, aku bedal je. Aku nak smoking, aku tanya pakcik kedai tu mana nak smoke? Dia suruh hisap dekat bilik merokok. 1 floor ade 1 bilik. Chare siot bilik dia. Memang best.

Lepas tu aku jalan² ambil gambar sikit sebelum turun bawah pergi dekat gate. Dia dah tak panggil platform dah. Dia panggil gate. Dekat tingkat dua. Sebelum turun ke bawah tu, ada polis bantuan jaga. Tak boleh bawa orang lain turun, hanya penumpang bas je boleh. So member aku pun chow, aku turun. Turun escalator tu ada orang tunggu. Dia minta tiket aku, then dia tunjukkan gate tempat aku menunggu. Aku dah tau dah gate mana sebab ada board macam dekat airport tu. Kita boleh tau kita punya gate dekat mana. Siap ada board ketibaan lagi beb. Bukan board berlepas je. Canggih kan?





Sampai je dekat gate tu, aku tengok bas belum sampai. So aku duduk dulu dekat kerusi besi berkilat tu. Lepas tu datang awek ni panggil aku. "cik Zulkifli kan? Saya nak minta tiket untuk scan" Huiiyooo.. Dia tau nama aku beb.. Haha.. Memang la dia tau, kan dekat atas tadi dah scan IC kan. So pekerja dekat bawah tau la aku siapa. Satu sistem kan. Bas sampai je, diorang jemput aku naik dengan orang² lain, buka kan bonnet bas, masukkan beg. Rupanya Qistina ni bas Star Mart. Ekslusif juga bas ni. Memang seronok la, rasa teratur je. Tak rasa kelam kabut. Tenang, tak rasa takut tertinggal bas. Gambar dekat gate tu aku ambil, tapi terdelete. Tak dapat nak tunjuk suasana dekat situ. Polis ramai beb. Kutu tiket memang tak boleh nak buat kerja. Lagipun dia guna IC kan. Aku rasa dah tak payah panggil terminal bas la. Panggil landport je. Sebab macam airport kan.. Hehe.. =)



*jakun adalah perasaan teruja dengan sesuatu yang baru yang belum pernah kita nampak atau kita ketahui.

p/s - Rating 9/10 sebab banyak kedai belum buka, dan tak banyak bas.

Saturday, January 29, 2011

Gong Xi Fa Chai

Aku dapat cuti seminggu sempena raya cina. So lebih kurang 2 jam lagi aku akan pulang ke JB. Tak sabar nak tatap wajah mak, ayah, dan adik beradik. Walau aku tak pernah tunjuk yang aku ni mengingati mereka, tapi jauh di sudut hati aku mereka lah yang lebih utama. Cuti seminggu ni sekejap sangat, busy dengan thesis lagi, tak dapat nak rasa cuti sepenuhnya. Urm, mudah²an ada la awek yang nak jadi model aku balik cuti nanti. Boleh experiment dengan cahaya lagi. Dah lama tak asah shutter. Takut tumpul pulak nanti. Hahaha.. Sempena raya cina ni, kepada kawan² aku yang berbangsa cina, dan tak lupa kepada masyarakat cina di Malaysia, aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA. Limau jangan lupa bagi ok? Kan best kalau kita hidup di Malaysia ni tanpa ada rasa benci terhadap kaum lain. Kita hidup dengan pelbagai bangsa. Tapi kita selalu berdiri di atas nama bangsa sendiri. Cukup sukar untuk berdiri bersama². Aku tak nafikan perasaan membela melayu itu wujud dalam diri aku. Tapi aku malu dengan bangsa aku sendiri. Bangsa melayu selalu ketinggalan. Bangsa melayu sering dikaitkan dengan masalah sosial, jenayah, kemalasan, dan macam². Aku harap, aku bukan melayu itu. Dan aku taknak menjadi melayu sebegitu. Walaupun ini tahun baru cina, tapi apa salahnya kalau kita tetapkan azam kan? All the best to me and all of my friend. Sekarang mood tengah rajin. So aku pun rajin la nak tunjuk hasil kerja aku tangkap gambar muka aku sendiri, hanya dengan 1 speedlight, diffuse pakai singlet putih sebab softbox tak bawak. So ni hasil self-portrait aku.

Thursday, January 27, 2011

Perkara Menyampah - 5 Ciri DSLR Trendy User

Kalau bercerita tentang DSLR, di Malaysia ni dah macam menjadi satu trend baru. Setiap orang yang berduit lebih sikit akan mula membeli DSLR sebagai satu gadjet baru untuk diri sendiri. Dan sekarang dah ramai yang memiliki DSLR. Boleh dikatakan kalau pergi mana² mesti akan ada orang yang membawa DSLR nya bersama. Ingat keyword ini - TREND. DSLR sekarang bukan lagi satu benda mahal yang menjadi kelengkapan utama seorang photographer, tetapi sudah pun menjadi trend masyarakat Malaysia. Masing² sudah mula mengimpikan DSLR sebagai satu benda yang 'mesti ada', bukannya kamera. Masing² sudah mula mengumpul duit untuk membeli DSLR, tak kiralah apa jenis sekalipun, janji ianya DSLR. Kalaupun ada kamera 'point n shoot' yang mahal, tetapi disebabkan ianya bukan DSLR, ia tidak menjadi impian segenap masyarakat trendy. Yes, DSLR itu TREND. Bukan keperluan, bukan kelengkapan, bukan juga kepentingan. Mereka² inilah sebenarnya yang membuatkan aku MENYAMPAH. Mereka hanya membeli DSLR sekadar untuk gaya, ambil gambar sekadar 'snapshot', beli DSLR sekadar ikut kawan, dan segala 'sekadar' yang ada. Mereka² inilah DSLR Trendy User. Di sini aku senaraikan ciri² DSLR Trendy User mengikut pemerhatian aku selama ini ;

Monday, January 24, 2011

7 Himpunan kisah mistik di Johor Bahru

Aku nak kongsi sedikit cerita dari Hafiz Aziz tentang cerita seram kat JB ni. Kalau pada yang lemah semangat, better jangan baca. Nanti korang dah percaya, jatuh hukum syirik, lepas tu korang terus taknak lalu kawasan² yang disebutkan.Ok, baca sekarang!

Header baru!




Ok, header baru. Apsal tukar? Matahaw dah bagi aku nasihat tadi, header tu agak tak bagus. Betul gak cakap dia, gambar kat header boleh mempengaruhi orang. Terutama budak² sekolah yang berblogging ni. Mungkin agak poyo tapi peduli apa aku, orang nasihat kita ikut la. Bukan benda tak bagus pun kan. Benda baik. Hehe.. Matahaw, aku dah tukar header ni. Amacam? Chare tak header baru ni? Thanx kat lu la, sebab ingatkan aku. Aku terpikir gak, nanti tak market la aweks² tengok aku macam tu kan. Dorang mana suka laki macam tu. Haha.. Lepas ni aku harap ramai aweks² terpikat dengan gaya aku tu! Kahkahkah.. Ok tido.





p/s - Jangan lupa lawat Matahaw punya blog, banyak info dekat sini.. Go!

Sunday, January 23, 2011

Cukai Blog?

Mendapat pendapatan hasil berblogging pun kena cukai? Memang chare la kerajaan kita kan. Ada je nak di kenakan cukai. Tapi boleh ke diorang detect? Ok tips, yang dapat duit ribu riban tu jangan kecoh² kat orang k. Tak payah post dalam blog. Nanti LHDN datang cari korang. Macam aku ni nak kecoh pon tarahal.. Bape sen je gua dapat nok..
Nah tengok lagi gambar.

Dia state atas RM2500 je. Betul ke blogging ni boleh dapat RM2500 ha? Gila? Kaya la camtu? Haha.. Tak terpikir kepala otak aku ni main blog dapat ribu-riban.. Dorang dapat dari sumber mane ek? Dari Nuffnang je pun dah leh dapat beribu² lemon? Isk, banyak tu.. Jeles siak..








Hehe, best aku baca komen brader ni. Brader ni memang marah ni..

Terima kasih Encik Ben Ashaari

Kadang² dengan gambar sahaja boleh menceritakan segalanya. Inilah kuasa gambar. Kuasa sesebuah foto. Gambar yang aku akan tunjukkan kali ini akan menceritakan sebuah perasaan dan emosi yang lain daripada yang lain. Jiwa dan fikiran yang tak dapat diungkap dengan kata². Yang mana hanya boleh dikongsi melalui sebuah gambar. Ia tidak berharga di dunia perdagangan. Tapi bernilai di sudut hati.

Click pada sambungan untuk melihat gambar tersebut.

National Geographic Photography Contest 2010

Dari tajuk je kita dah tau betapa gempaknya contest ni. So semestinya gambar² yang disubmit dari seluruh dunia hebat² belaka. Contest ni ada 3 kategori - Nature, People, Place. So kat sini aku nak share sedikit gambar² yang menangkap mata aku. Aku just pilih gambar dari kategori nature je. Tak larat dah nak pilih, semua hebat². Tak tercapai akalku nak menangkap gambar macam ni.

Saturday, January 22, 2011

Jom Gegar Blog




"Mungkin ada hadiah kot?" kata diriku kepada hatiku. Hehe, u have to join this. Aku tak tau apa ben nak bagi. Tapi nampak macam gempak.
Nak tau lebih lanjut? Try usha blog dia. Click banner tersebut.

Email dari seseorang

Hari ni aku bukak spam box. Dapat 1 email dari orang yang tak dikenali. Nah, baca la. Kelakar beb. Macam gay pon ada. Haha.. Click sambungan untuk baca.

11 Basic Photography Test


Ok, entry kali ini aku nak kongsi idea aku tentang ilmu basic photography. Aku bukanlah professional dalam bidang ni, aku juga masih baru, tapi apa salahnya kalau apa yang aku tau kita kongsi bersama. Tapi kali ni style dia lain sikit. Kita try uji pengetahuan kita melalui test yang aku buat ni. Test ni aku buat untuk memantapkan lagi diri aku sendiri, dan dalam masa yang sama membantu rakan² tentang ilmu asas fotografi. Jom!

Ops, sebelum terlupa, test ni aku buat berdasarkan istilah² Canon. Mungkin ada beberapa istilah yang berbeza dengan camera lain.


1 - Dalam keadaan low-light, shutterspeed berapakah yang sesuai digunakan?
a) 1/125
b) 1/5000
c) 1/30

2 - Ketika mengambil gambar kanak² yang sedang berlari, mode focus apakah yang sesuai digunapakai?
a) Manual focus
b) Ai Servo
c) One Shot Focus

3 - Apakah fungsi ISO?
a) Menentukan jumlah cahaya yang masuk
b) Menentukan kesensitifan sensor terhadap cahaya
c) Menentukan jumlah noise pada gambar

4 - Apakah cara sesuai untuk mengambil gambar landscape?
a) Menggunakan aperture f/16
b) Memegang camera secara hand-held
c) Menggunakan mode focus Ai Servo

5 - Apa itu bokeh?
a) Kawasan gambar yang jelas
b) Kawasan gambar yang 'blur'
c) Kawasan gambar yang terlalu cerah

6 - Pilih pernyataan yang betul tentang mode Tv
a) Mode ini membolehkan kita mengawal sendiri nilai aperture dan shutterspeed
b) Mode ini menentukan ISO secara auto
c) Mode ini membolehkan kita mengawal hanya ISO dan Shutterspeed

7 - Pilih pernyataan yang salah.
a) Aperture yang luas dan focal-length yang panjang boleh menghasilkan shallow depth of field
b) Shutterspeed yang laju boleh menyebabkan gambar bergoyang
c) ISO yang tinggi akan menghasilkan noise yang banyak

8 - Apakah exposure yang baik mengikut graf histogram?
a) Tinggi sekata
b) Tinggi di sebelah kiri
c) Tinggi di sebelah kanan

9 - Ali ingin mengambil gambar Fatimah di bawah terik matahari. Tetapi gambar Fatimah menjadi gelap dan gambar awan menjadi terang. Apa yang perlu Ali lakukan agar exposure gambar normal?
a) Fill-in subjek dengan flash
b) Menggunakan ISO 1600
c) Menggunakan ND8 filter

10 - Dalam keadaan gelap, auto focus tidak dapat berfungsi dengan baik. Apakah sebabnya?
a) Kerana built-in flash dibuka
b) Kerana iso tidak diletakkan pada tahap yang paling tinggi
c) Kerana subjek tersebut tiada kontras warna

11 - Mengambil bacaan pada bahagian 3% ditengah-tengah viewfinder. Digunakan pada keadaan cerah yang extreme (high contrast scene) seperti back-lit atau ada cahaya yang terang sangat dgn latar belakang gelap. Sesuai juga untuk kerja-kerja close-up dan macro.
a) Evaluative Metering
b) Spot Metering
c) Center-weighted Metering



Nak jawapan? Click di bawah.

Friday, January 21, 2011

Forced Perspective

Forced Perspective adalah satu teknik di mana kita memanipulasikan jarak antara 2 objek utk menghasilkan satu ilusi optik iaitu menjadikan gambar tersebut seperti 'real'. Ia memanipulasi persepsi visual manusia melalui penggunaan benda-benda skala dan hubungan antara mereka, dan sudut pandang penonton atau kamera. Lihat contoh gambar² di bawah.


Thursday, January 20, 2011

Adobe Photoshop CS5 free download

Sebelum ni aku pakai CS3 je. Belum berminat nak pakai yang lebih update. Tapi hari tu aku try CS5 ni, best jugak.. Wajah dia pon lain sikit. Tapi sebab aku lebih mahir dengan CS3, so aku decide untuk pakai CS3 je la. CS5 ni aku simpan je dalam HDisk buat pekasam. Hehe.. Kalau korang nak, link download ada di bawah. File kecik je untuk download. Dalam 157mb je. Lepas extract dalam 384mb. Tak jejak 1Gb pon. Kalau ori confirm² jejak bergig-gig. Ni dah siap crack dah. Tinggal extract dalam folder Adobe kat Program Files. Lepas tu buat desktop shortcut. Terus main. Tapi jangan terkejut kalau start² je kuar Adobe Rabbit. Aku pun tak tau kenapa. Mungkin CS5 memang macam tu atau si pembuat crack software ni yang edit. Hehehehe.. Jom download. Sharing is caring.



Nak download?

Click sini!
pass : facebook.com/photofungus (sila taip, jangan copy & paste)

Photofungus Photography Services

Don't let the fungus vanish your best moment. We are here to capture your memorable day.

Call us for photography services.

Razali Fadzil (Jali) : 0177536385
Zulkifli MN (Gam) : 0132797522

Email us for price packages at photofungus@yahoo.com.

For 2011, we gives special promotion on wedding ceremony. Our price is from RM600 - RM1700.

Visit our Facebook page, Photofungus






-PhotoFungus Team 2011-

Outdoor Shooting Kak Ilah dan Abg Anuar


Bulan 12 lepas aku dan Jali ada buat outdoor shoot akak aku untuk custom album diorang. So kitorang bawak la diorang ni bergambar kat Kebun Bunga Istana JB. Ni 1st time aku shoot outdoor untuk pengantin. Dari sini aku banyak dapat pengalaman. Selalu shoot model sorang. Ni shoot model berdua. So moment² dan ekspresi romantik, happy dan riang tu kene ada.


A Joke for Photographers

After Mrs. Jacobs found out her husband was sterile, the couple decided to hire a proxy father to start their family. On the day the proxy father was to arrive, Mr. Jacobs kissed his wife and said 'I'm off to work, Lydia. The guy should be here soon.'

Wouldn't you know it, a door-to-door baby photographer came by half an hour later, hoping to make a sale. Mrs. Jacobs answered the door. 'Good morning, ma'am. You don't know me, but I've come to...' 'Oh yes, I know why you're here. Harry told me you'd be coming soon.' 'He did? But I...' 'Come right in! No use wasting time .' 'Very well, then.'

The photographer took out his briefcase and sat down. 'As you may already know, I've made a specialty of babies.' 'Good, I'm glad,' said Mrs. Jacobs. 'That's just what Harry and I were looking for.'

'I usually like to try two in the bathtub, one on the couch and perhaps a couple on the bed,' said the photographer. 'The living room floor is fun too...you can really spread out.' 'Bathtub? Living room floor? No wonder it never worked for Harry and me.' 'Well, ma'am, none of us can guarantee a perfect one every time, but if we try several different positions and I shoot from six or seven different angles, I think you'll be quite pleased with the results.'

'I certainly hope we can get this over with quickly,' Mrs. Jacobs gasped nervously. 'Ma'am, in my line of work a man must take his time. I'd like to be in and out in five minutes, but you'd be disappointed with that, I'm sure.' 'Don't I know!' said Mrs. Jacobs.

The photographer pulled out a portfolio of his pictures. 'This one was done on top of a bus in downtown London,' he said, showing Mrs. Jacobs the picture. 'Oh my God!' exclaimed Mrs. Jacobs, tugging on her handkerchief.

'And these twins turned out exceptionally well when you consider the fact that their mother was so difficult to work with.' He showed Mrs. Jacobs another picture. 'She was difficult?' questioned Mrs. Jacobs. 'Extremely,' said the photographer. 'I finally had to take her to Hyde Park to get the job done right. People were crowding around, four and five deep, just to get a good look.' 'Four and five deep!' Mrs. Jacobs was amazed. 'Yes,' said the photographer. 'And for more than three hours, too. The mother was constantly squealing and yelling. I could hardly concentrate. Then, it started getting dark and I had to rush my shots. Finally, when the squirrels started nibbling on my equipment. I just packed it all in.'

Mrs. Jacobs leaned forward. 'You mean the squirrels actually chewed on your, um...equipment?' 'Yes, ma'am. Thank God, no real damage was done.

Well, we'll get to work as soon as I set up my tripod.'

'Tripod? ' Mrs. Jacobs looked extremely worried now.

'Of course. I need to use a tripod to rest my camera on. It's much to big for me to hold while I'm getting ready for action. Ma'am...ma'am...good God, she's fainted!'

Portable Fishing Simulator - Game untuk merehatkan minda anda


Kadang² bila kerja, buat assignment, edit gambar, main facebook (yang ni tak termasuk k!)kita akan rasa letih mengadap pc. Mata jadi tak segar. Lesu. Tapi kerja mesti nak kena siapkan. So apa kata korang try game ni. Game ni senang, macam budak² punya game. Simplistic gila. Tapi apa yang membuatkan game ni lain daripada yang lain? Time kita main game ni, dia akan dendangkan kita dengan lagu² yang tenang, bunyi² air, kicauan burung, derupan angin.. Tenang, damai, aman, lega, puas (puas??). Seperti kita rasa kita ada kat gunung, tepi tasik, laut, air terjun, dll. Nak² kalau korang pakai headphone, lagi la serius best. Rasa macam bebas dari bebelan mak, mengada² aweks, hiruk-pikuk bandar, perghh.. Memang tenang la beb. Tapi disarankan, jangan main time ngantuk. Memang makin tertido la korang. Haha..





Download di sini
Part 1
Part 2

Wednesday, January 19, 2011

Photoshop - Hilangkan Jerawat


Dalam portrait, kita semestinya mahukan gambar yang cantik. Jerawat biasanya akan menjadikan sesebuah gambar itu hilang serinya, terutamanya pada seorang perempuan.
Make-up yang dilakukan kadangkala masih belum hebat untuk menutupi segala cacat cela pada muka kita termasuklah parut, tahi lalat berbulu, panau ataupun kesan gigitan. Inilah kuasa digital, iaitu kuasa photoshop yang mampu memberi make-up digital yang lebih berkesan dari realiti.

Ini adalah satu contoh hasil kerja aku dengan Photoshop CS3. Waktu ni aku tengah bosan tunggu member aku bangun tido nak ajak teman pergi pejabat pos. Then aku pun mengasah bakat make-up digital aku terhadap gambar perempuan mana tah ni, google sahaja. Jerawat dia memang extreme. So itu cabaran pada aku untuk menjadikan perempuan ni seperti hot & sexy girl yang kalau letak kat pic profile facebook confirm ramai laki add nak kenal² gatal termasuklah aku. Rasanya dah cukup ok ni.. Tinggal tone kaler je tak berapa menarik ek? Nanti aku tunjuk lagi kat korang yang lagi gila babi extreme, tapi menjelma menjadi wanita idaman lelaki sedunia.. Hehehehe...


p/s - apsal gambar ni jadi kecik? aku upload besar la..

Khasiat telur separuh masak

Nak tau apa khasiat telur separuh masak? Jom baca cerita ni.. Pengalaman sebenar seorang suami..

Aziz dan Ani membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.

Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata,

"beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu."

Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan.

"Telur ni untuk saya ke mak?", tanya si anak.

"Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu untuk ayah
kau punye", kata emaknya.


Sorry, aku tak berapa paham ok.. Siapa paham angkat tangan?

Apa jantina PC/Laptop korang?


Korang ingat manusia dengan binatang je ke ada jantina? PC/Laptop pun ada la weh. Tak percaya cuba try cara ni. Senang je.

1st - pergi dekat 'folder option', click pada tab 'view', untick pada ' Hide extensions for known file types' dan tekan 'ok'.

2nd - Buka "notepad", tulis CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"

3rd - Save as 'i love you.vbs'

Lepas tu double-click la file tu.. Dengar suara PC/Laptop korang bercakap. Siap boleh bual² lagi. Aku punya PC jantan la. Tak best. Tapi banyak la benda yang kitorang bincangkan untuk improve performance PC aku ni.. Hehehehehe..

Kek harijadi untuk isteri

Seorang lelaki dengan tergesa2 telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu. "Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu.

Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk persembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera! di kek itu:

"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."

Hahahahaha..

10 perkara best tentang HTC Wildfire


Kalau korang kaki smartphone, korang mesti tau HTC Wildfire kan. Tapi korang mesti tak pandang punya lah. Sekarang kan dah keluar HTC Desire HD. Yang kaki Apple, confirm² la minat kat I-Phone je kan. Tapi aku peduli apa, aku nak cerita pasal Wildfire ni gak. Pasal apa? Pasal murah la beb. Nak tunggu duit kumpul aku ni angkut Desire HD, memang bercinta la. So bak kata orang, target perlulah diletakkan pada apa yang kita rasa kita boleh capai. And gua rasa Wildfire ni memang boleh punya. Sikit hari lagi jadi milik aku la ni haha. Lu rilek je. Jom kita kongsi sikit apa yang best pasal Wildfire ni. Aku taknak cerita fully spec dia, just nak bagitahu apsal aku minat dengan wildfire ni.

1 - Menggunakan Operating System Android 2.1 dan boleh update kepada 2.2. Ni yang aku paling suka ni. ANDROID weh. Boooo sket sama I-Phone.. Haha.. Android ni salah satu OS yang tengah bersaing dengan Apple. Sebab apa die best? Sebab die leh customize sendiri. Apple boleh ke? Haha.. Apps dengan Games die cecah 200000 beb (last update 27 Disember 2010). Banyak tu. Tapi still kalah dengan Apple la. App Store ada 300000.

2 - Kamera 5 megapixel. Autofocus dia best. Bokeh dia cantik gak.

3 - Design dia cantik. Tak kecik tak besar. Ngam² sedap dipegang.

4 - HTC Sense

5 - Screen smooth macam I-Phone. Tapi pada aku agak over sensitive la. Janji smooth sudah.

6 - Nama 'wildfire' tu membuatkan aku teruja. Perghh...

7 - Update OS, overclock, tak affect warranty pon. I-phone baru jailbreak dah break warranty.

8 - Smartphone Android yang murah tapi versetail. Samsung Galaxy 5 pun murah lagi, tapi kecik, tak cantik, dan tak 'HTC'.. Hehe...

9 - Widget dia best. And macam² widget 'chare' yang free² pon ada.

10 - Ada 3 colour. Hitam, merah, and putih. Cantik siot yang merah. Aku aim yang tu.


Dah ramai dah orang pakai wildfire ni, cuma aku je agak ketinggalan. Biasa la, duit ni tak nak datang. Pakai je la K530i ni dulu. Agak² kan kalau la jatuh duit dari langit berdebuk depan mata aku RM2k, nak angkat wildfire atau Desire HD? Wow!





p/s - Sebenarnya aku minat Android je yang lebih. Tak kisah la smartphone apa pun janji Android. Eh, wildfire leh update gingerbread ke ek?